Monday, December 13, 2010

Penemuan Baru sebelum kematian P.Ramlee

11 Dis 2010 aku menghadiri kenduri perkahwinan anak kepada sahabatku juga jiran sebelah rumah di kampong. Ketika menjamu selera aku di datangi adik ibu pengantin perempuan. Dr Muhaimin. Beliau bertugas di Brunei Darussalam. Sebelum itu belaiu di UIA Gombak. Sewaktu berbual beliau mengatakan sesuatu yang aku fikir ada baik diceritakan di sini. Kata Dr Muhaimin dia ada membaca kisah P.Ramlee yang aku tulis di dalam blog. katanya dia juga ada coretan yang boleh dikongsi bersama.

Dr Muhaimin sewaktu bertugas di Kuantan tiga dekad lalu adalah salah seorang anggota kumpulan kugiran 'Vibration' yang pernah memasuki beberapa pertandingan kugiran anjuran RTM. Ketika itu kalau tidak silap beliau bermain trumpet.

Katanya sehari sebelum P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir, Allahyarham P.Ramlee berada di Kuantan dan membuat persembahan di sana. Dr Muhaimin ada di situ ketika itu. Ketika muncul di hadapan pengunjung, P.Ramlee melaungkan perkataan ' Ya Ahli Kubur". Mungkin beliau mahu bergurau dan mungkin beliau mahu mengambil perhatian peminatnya.

Hadirin tidak menyangka apa-apa sehinggalah keesokan hari mendapat tahu P.Ramlee, seniman agung telah kembali menemui Maha Penciptanya buat selama-lamanya.

Kisah ini mungkin kebetulan, tetapi aku melihat ini satu tanda zahir panggilan menemui pencipta telah berada di ambang wajah.

Peringatan buat kita semua.