Thursday, December 29, 2011

Tuesday, December 20, 2011

20111218 Gayung Pusaka - Anwar Ibrahim

Live Debate Lim Guan Eng vs Koh Tsu Koon. (2)

PAS Selangor perjelas isu Hasan Ali

liang lahad: PERKASA UGUT TAK MAHU KELUAR MENGUNDI JIKA DAKWAT ...

liang lahad: PERKASA UGUT TAK MAHU KELUAR MENGUNDI JIKA DAKWAT ...: ..Tak sangka perkembangan terkini itu berlaku. Apa implikasi kepada tindakan PERKASA memboikot pengundian dalam PRU13 itu? Semua orang tahu PERKASA diterajui MP Pasir Emas. Ibrahim Ali. Dia dan ahli-ahlinya memang sudah tidak sebulu dengan Pakatan Rakyat. Undi mereka pastinya ke arah BN. Jika mereka memboikot ini bermakna, undi BN itu akan berkurangan dan ini memberi advantage kepada Pakatan Rakyat.Pengundi Melayu yang tidak suka PR akan berkurangan. Entah apa yang menjadikan mereka marah terhadap penggunaan dakwat kekal ketika mengundi, mereka saja yang tahu. Apapun dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan BERSIH 2.0 .

Monday, December 19, 2011

Pejuangan atas diri sendiri: wa dan munir ramli

Pejuangan atas diri sendiri: wa dan munir ramli: wa sangat beruntung dapat berjumpa dengan penulis travelog rindu eropah tawan damascus,munir ramli. beliau datang ke syria semula dan menga...

Thursday, December 15, 2011

Tuesday, December 13, 2011

PRU-13: Menteri akui BN lebih tertekan

PRU-13: Menteri akui BN lebih tertekan
Kadang-kadang kita rasa kesian dengan beberapa orang kenamaan termasuk menteri dan timbalan menteri. Mereka tahu penyelewengan berlaku dan kesalahan moral berlaku dalam kabinet tetapi mereka tidak mengambil tindakan berani menyuarakannya. Kalaupun mereka berani hanya mampu bersuara di arena2 forum dan di parlimen. Itupun dilakukan secara menyindir. Dalam mensyuarat majlis tertinggi atau mesyuarat bahagian atau negeri, aku tidak pasti samada mereka mampu meluahkan keadaan realiti parti kepada anggota parti yang lain. Dalam isu Feedlot Nfc mithalnya, adakah majlis mesyuart tertinggi UMNO mengambil perhatian serius terhadap isu yang membelenggu ahli UMNO dan BN Nasional ini. Dalam kes Satim Diman yang telah didapati melakukan transaksi tanah kerajaan negeri Selangor sewenangnya demi keuntungan peribadi. Adakah mereka membincangkan isu itu dan menyedari akibat dari kes memualkan itu bakal merentap sokongan rakyat berpindah kepada parti lawan.? Aku merasa mereka bukan tidak mahu bincangkan isu-isu negatif itu, mereka mahu tetapi oleh kerana kebanyakkan mereka juga terpalit dengan isu-isu dan masalah yang serupa jadi mulut menjadi kelu dan hati menjadi buta. Pasrah menunggu peralihan sokongan berlaku di depan mata. Jadilah kenyataan YB Saifuddin Abdullah saperti melontar 'Boomerang' yang dibaling dan berpatah balik ke badan sendiri.

Monday, December 12, 2011

BR 1 Malaysia. Agenda bagi satu dapat sepuluh

Sedang hangat diperkatakan dan sedang rancak dijalankan. BR 1 Malaysia. atau lebih mudah difahami RM 500 1 Malaysia. Apa yang anda fikir jika ada orang mahu beri anda RM 500. Siapa tidak mahu wang ?. Itulah yang ada dalam fikiran aku dan dalam fikiran semua warga Malaysia. Jika kerajaan mahu beri wang RM 500 kepada setiap keluarga sudah tentu ini akan disambut dengan keceriaan dan kegembiraan. Siapa mampu berfikir apakah di sebalik pemberian RM 500 ini. Kalau adapun udang di sebalik mee, hanya gula-gula dan rasuah pilihanraya saja yang menguasai minda. Tidak lebih dari itu. Bagi penyokong Pakatan Rakyat, wang sebanyk itu ditabur demi mengambil kembali hati rakyat yang telah berubah supaya kembali menyokong kerajaan BN. Selain dari gula-gula pilihanraya, tiada lagi motif kenapa wang itu diberi.
Saudara-saudari sekelian. Sedarlah. ingatlah, insaflah, tiada siapa mahu memberi jikalau tidak memikirkan balasan dan untung balik hasil dari pemberian itu. Begitu jugalah kerajaan Barisan Nasional. Selain mencuri kembali hati rakyat, BN telah memikirkan keuntungan berganda dalam isu pemberian wang RM 500 ini. Sebelum aku terangkan apakah motif sebenar dan apakah keuntungan BN dalam melaburkan RM 500 ini kepada keluarga-keluarga yang layak, biar aku nyatakan bahawa, BN dan pentadbirannya memang bijak dan licik dalam memanupulasi minda rakyat. Dalam kes ini, syarat untuk untuk mendapatkkan wang RM 500 ini adalah, pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3000. Jadi rakyat yang menerima gaji bawah RM 3000 saja layak menerimanya.
Kenapa LHDN atau Lembaga Hasil Dalam Negeri pula yang mengendalikan usaha ini. Kenapa tidak jabatan lain ?. Persoalan ini perlu dijawab.
Tahukah anda, setiap permohonan di mestikan mengisi borang khas yang dikeluarkan LHDN .Setelah diisi, segala data dan keterangan anda dalam borang itu telah menjadi milik LHDN dan mereka sudah dapat mengesan rakyat yang memiliki gaji kurang dari RM 3000. Saperti yang diketahui ramai, syarat seseorang diwajibkan membayar cukai pendatan adalah rakyat yang bergaji RM 2500.k e atas. Jika pendapatan di bawah kadar itu, cukai pendapatan tidak perlu dijelaskan. Di sinilah rakyat akan terperangkap. Borang yang menyatakan gaji mereka RM 2500 akan menerima RM 500 dan sekaligus nilai gaji atau pendapatan anda sudah menjangkau RM 3000. Kenyataan RM 3000 ini bakal kekal di LHDN dan anda akan dikehendakii membayar cukai pendapatan setiap tahun seterusnya. Anda hanya mendapat RM 500 sekali, aku ulangi, sekali sahaja tetapi data anda kekal RM 3000. Maka jadilah anda pembayar cukai kekal sehingga anda pencen atau berhenti dari perkhidmatan. Ada ratusan ribu rakyat yang mempunyai gaji RM 2500 ke atas kurang dari RM 3000. Inilah golongan sasaran yang bakal menguntungkan kerajaan. Mereka terpaksa melunaskan cukai pendapatan setelah angka gaji atau pendapatan mereka tertulis RM 3000, sedangkan pendapatan mereka masih RM 2500. Dengan perangkap RM 500 dibayar sekali, anda telah tertipu. Jadi di sinilah tipu dan helah yang patut difikirkan. Jika maklumat ini salah cuba anda risik beberapa kakitangan LHDN, adakah betul pandangan aku ini.