Wednesday, January 20, 2010

Belanda dapat tanah

Tajuk 'Belanda dapat tanah' sebenar bermaksud seorang yang dapat peluang membina bangunan di kawasan orang lain membina ' soyok' atau binaan tambahan samada setelah meminta kebenaran ataupun di buat secara haram. Mula-mula dapat tapak kecil kemudian diperbesarkan lagi. Itu maksudnya. Kali ini aku ingin menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki India berasal dari Sri Lanka dapat memiliki 9 buah restoran kesemuanya di bandar Camden Town London. Mula-mula sebuah, kemudian sebuah lagi dan akhirnya mencapai sembilan buah.

Chris berasal dari Sri Lanka. Dia mengikuti kedua ibu bapanya berhijrah ke Malaysia. Setelah dewasa, Chris berusaha mendapatkan visa pelajar untuk ke United Kingdom. Setelah beberapa tahun tinggal di London, Chris mendapat pekerjaan sambilan di kedai menjual 'sandwich'. Oleh kerana dia rajin dan amanah, pengurus yang kebetulan tuan punyai kedai percaya kepadanya dan menyerahkan perniagaan tersebut seratus-peratus kepada Chris dengan syarat Chris membayar sebahagian keuntungan perniaagaan kepadanya. Chris mengambil alih kedai tersebut dan akhirnya dia berjaya menjadikan perniaagaan itu maju dan sangat menguntungkan.

Restoran sebelah kedai tidak berjalan baik. Perniagaan merosot dan tuan punya restoran tidak mampu lagi untuk meneruskannya. Chris menawarkan diri untuk mengambil alih perniagaan itu dan berjanji akan membayar sebahagian keuntungan kepada pemilik. Saperti kedai sandwich, restoren baru ini telah berjaya dipulihkan setelah Chris membuat beberapa ubahsuai. Keuntungan berlipat kali ganda kerana Chris berjaya membawa masuk golongan kaki minum ke dalam restorennya di mana Chris menyediakan hiburan yang terkini buat mereka.

Selepas berjaya menakluki dua buah kedai, Chris cuba merapati sebuah lagi restoren. Kali ini restoren menjual Pizza. Begitu juga caranya. Chris mengambil alih dengan menjanjikan sebahagian keuntungan buat pemilik kedai. Satu hal yang menarik, orang England lebih suka relaks dari membuat kerja-kerja renyah dan kelam kabut. Orang Malaysiapun sudah mula ada sifat itu. Habis kedai runcit diserahkan kepada pendatang Aceh, tuan kedai dapat sewa dan wang sekecil itu sudah memadai.

Akhirnya Chris berjaya menawan 9 buah kedai kesemuanya. Satu hal yang patut di ambil tahu dan patut di teladani iaitu, segala belian barangan dibuat sendiri oleh Chris. Dia tidak kekuk untuk ke pasar setiap hari untuk keperluan semua restorennya.

Untuk memudahkan pentabiran, Chris menggaji dua warga Britain untuk mengawal operasi restoren. Seorang bernama Steve, menjaga hal ehwal operasi keseluruhan dan Jason diamanahkan untuk mengawal semua dapur dan keperluannya.

Nah,,,,Itulah kisah ringkas seorang yang terjun kelaut semata-mata ingin menjadi pulau. Untuk pengetahuan semua, kedua ibu bapa Chris masih berada di Petaling Jaya, Malaysia. Aku dapat cerita ini sewaktu menjadi Chef di Zenzai Camden Town salah sebuah restoren milik Chris.

Sunday, January 3, 2010

Bekerjalah aku dengan penuh semangat. Nicky tanya berapa gaji aku. Aku pula tanya berapa gaji Nicky. Dia berterus terang mengatakan gajinya 50 pound sehari. Gaji aku berapa?. Ini yang jadi tanya tanya. Aku ingin bertanya kepada Chris sebaik selesai temuduga tetapi rasa malu menguasai diri. Dia pula ingatkan aku supaya berhubung dengan Nicky jika ada masalah. Sekarang apabila aku menghadapi masalah Nicky tidak dapat menyelesaikannya. Dia tidak pasti berapa gaji aku. Katanya, Chris tidak beritahu apa-apa berkenaan gaji. Apa yang dia faham, Chris akan masukkan seorang lagi tukang masak buat membantu kerja dapur yang bertambah sibuk.

Untuk kepastian, Nicky arahkan aku bertanya pengurus dapur seorang berbangsa inggeris. Seorang lelaki inggeris masuk ke dalam dapur . Dia tersenyum ke arahku menandakan dia kenal akulah orangnya yang telah di ambil Chris . Kami bersalaman. Dia peramah orangnya. Aku tidak malu bertanya hal gaji. Dia secara spontan berkata, berapa Nicky dapat itulah nilai yang bakal aku terima. Gaji Nicky 50 pound, bermakna gaji aku juga 50 pund sehari. Aduh! banyak tu.

Bekerja bersama IMO aku dibayar 35 pound sehari. Kerja di bawah cahaya matahari bermandi percikan air. Di Zensai ini aku bekerja di dalam bangunan yang rapi. Walaupun cuaca di luar sangat sejuk kerana musim sejuk, di dapur agak selesa kerana api dari dapur sentiasa menyala.

Kini hatiku berasa sangat lega. Tidak disangka-sangka 50 pund menjadi habuan untuk bekerja selama lapan jam. Jika di hitung wang Malaysia yang sama nilai 50 pund, maka jadinya sekitar RM 280.

Fikirkan bersama. Seorang pemuda saperti aku sangat mudah melayari kehidupan di bumi asing yang memiliki segala macam cabaran. Jika aku boleh melakukan kenapa tidak pemuda lain. Itulah yang aku selalu sebut, ' jika ke laut biar jadi pulau'.

Sebelum aku cerita lebih lanjut , perlu juga aku beritahu bahawa lima hari sebelum masuk bekerja di Zensai ini, aku telah dipelawa oleh Sugen, seorang pemuda India Malaysia yang memiliki sebuah restoran di Reading . Dia mahu aku membantu masak untuk festival makanan Malaysia di Conwy Wales. Pelawaan itu aku terima dengan senang hati kerana kebetulan aku baru saja meninggalkan IMO. Lima hari aku bersama Sugen dan enam orang lagi pemuda.

Kami disediakan dua lot untuk mempamirkan makanan Malaysia. Sugen mengarahkan aku masak nasi goreng, mee goreng, mihun goreng dan beberapa lagi menu masakan cina Malaysia. Aku membantu seorang lagi Chef yang dibawa dari restoran Sugen di Reading. Kami sangat sefahaman dan tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya membuat satu kerja yang memperkenalkan Malaysia di mata orang-orang Inggeris Wales. Kebetulan, BBC membuat liputan dan mereka membuat liputan di gerai kepunyaan kami. Lensa kamera merayap dan aku dapati banyak 'shot' menghala ke arah aku yang sedang mengetuk kuali. 'Bangganya'.

Berbaju putih seragam Chef aku rasa tidak ubah saperti berada di dalam 'Hell Kitchen' (rancangan Ramsay) di dalam AFC kat Astro tu. Happy hingga ke akhir festival.

Teruskan membaca di halaman seterusnya tidak lama lagi.

Saturday, January 2, 2010

gelek kuali di kota London

Setelah beberapa bulan bersama EMO (nama sebuah pusat cucian kereta otomatik di UK)aku terjumpa satu iklan di Gumtree UK. Pemilik restoran mahukan seorang tukang masak yang boleh mengendalikan masakan asia tenggara. Apa lagi, akupun terus 'klik'. Chris, nama taukeh panggil interview. Tiba di Camden Town jam sepuluh pagi. Masuk sebuah restoran. Chris ada di dalam dan sedang menunggu ketibaanku.

Rupanya Chris ni berasal dari Sri Lanka dan telah berhijrah selama duapuluh tahun di bumi UK ini. Dia sekarang memiliki 9 buah restoran di daerah Camden Town ini. Nanti akan ku ceritakan bagaimana tambi Sri Lanka ini boleh jadi pemilik kepada 9 buah restoran.

Setelah soal jawab selesai, aku dibawa ke sebuah lagi restoran di sebelah bangunan. Di sana aku diperkenalkan kepada seorang Chef wanita berkulit hitan. Nicky namanya. Chris mohon supaya aku menyediakan dua masakan sebagai bukti, aku boleh masak. 'Mee Goring Mamak' dan Nasi Goreng'. Itulah resepi pemintaan Chris.

Tidak menunggu lama aku memulakan kerja dengan bantuan Nicky. Segala keperluan untuk masakan ada tersedia. Nicky memberikan kerjasama baik. Aku rasa tidak kekuk berada di dalam dapur restoran Zensai ini. Aku mengambil masa selama sepuluh minit untuk menyiapkan dua masakan tersebut. Setelah dihias makanan tersebut dibawa kepada Chris. Setengah jam aku menunggu sambil berbual-bual dengan Nicky.

Chris muncul dengan membawa sendiri pinggan yang baru di kosongkan. Jarang sekali seorang pemilik restoran membawa pinggan mangkuk ke dapur. Dia menuju ke 'sinki' dan setelah meletakkan pinggan tersebut di sana, Chris menghampiriku. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Di dalam hatikan jadi tanda tanya. Kenapa nak bersalam sekali lagi. Debaran semakin memuncak. Aku dapat rasakan jantungku bergerak pantas.

"When I eat your mee goring masak, I feel like I,m in PJ (Petaling Jaya). " Itu komen Chris sambil tersenyum. Kemudian dia membuat pengakuan. " I like your food and you got the job." Sambil berpaling meninggalkan aku terpinga-pinga.

Dari saat itu mulalah aku bergelar Chef di bumi London.