Wednesday, September 19, 2012

Inilah saat-saat permulaan penulisan Travelog kedua Munir Ramli berjodol Permata Di Pintu Kaabah. 

Aku kembali ke bumi Mesir demi mengambil aura tiga dekat lalu. Hasilnya terciptalah sebuah lagi travelog kembara 400 muka surat. Kini travelog itu telah berada di pasaran dan kini Munir Ramli sedang giat mempromosikannya melalui media eletronik dan media cetak. Pagi jumaat 21 hb September 2012 ini, Munir Ramli akan bersiaran melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O rancangan milik TV 9. Saksikan Pak Ngah atau Tok Perak dalam sinopsis Permata di Pintu Kaabah jam 8-30 pagi..

Sunday, September 2, 2012

UNIT UMUM GRUP BUKU KARANGKRAF: Kembara yang hebat dalam sebuah naskah!

UNIT UMUM GRUP BUKU KARANGKRAF: Kembara yang hebat dalam sebuah naskah!: Permata Di Pintu Kaabah Munir Ramli Harga: RM 19.90 Sinopsis Mesir merupakan salah satu bumi anbiya yang bany...

Sunday, June 17, 2012

Sudah terlalu lama aku tidak menyentuh blog ini. Sejak aku menghabiskan banyak masa menulis episod 2 Rindu Eropah Tawan Damascus, blog ini kutinggalkan kesepian. Tiada layanan, tiada sentuhan malah tiada kujeling sedikitpun. Kini setelah Dua Permata Di Pintu Kaabah akan  diterbitkan, barulah aku menyusun jari mengetuk huruf-huruf bagi memberi hayat kepada blog Munir Ramli ini.  Setakat ini dulu dan aku berjanji selepas ini aku akan terjun dengan labu-labuku ke dalam lautan bahtera kembara Ke laut Menjadi Pulau. InsyaAllah.

Saturday, May 19, 2012

PRU 13 tidak muncul hinggalah PM Najib jumpa petanda.

Saturday, February 4, 2012

Gear manual bertukar auto

Melihat keadaan dan suasana politik semasa Malaysia, aku berpendapat, ada beberapa perubahan besar bakal berlaku jika PRU 13 diadakan dalam waktu terdekat ini. Memang ramai rakyat sedang menunggu PM Najib membubarkan parlimen sekaligus mengisytiharkan pilihanraya umum ke 13. Penyokong dan ahli-ahli parti dari Pakatan Rakyat sudah tentunya tidak sabar untuk mengundi. Apa yang mereka akan undi itu tak perlu diulas di sini. Manakala rakyat yang masih teragak-agak dalam membuat pilihan merasakan tarikh PRU 13 itu tidak penting. Bagi penyokong dan ahli parti yang bernaung di bawah payung Barisan Nasional, Mereka terbahagi kepada dua. Ada yang sedang menunggu tarikh dengan tenang manakala ada pula yang bimbang dengan hari mengundi. Apa tidaknya, kali ini suasana di pusat mengundi sangat berbeza jika dibandingkan dengan PRU 12 di mana ketika itu Barisan Nasional masih dominan samada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri tetapi kali ini Pakatan Rakyat telah menguasai banyak isu yang sekaligus menyusahkan jentera dan penyokong-penyokong parti untuk bekerja dengan lancar dan penuh bersemangat. Ada banyak isu besar yang sepatutnya dikawal dengan pantas kini telah merebak menjadi wabak yang sukar dibendung. Isu NFC sangat menyukarkan UMNO. Isu yang kecil ini akhirnya terbongkar menjadi besar saperti api yang marak tidak dapat dikawal. PM Najib sebagai presiden parti sepatutnya bertindak cepat memadamkan api itu, namun kecuaiannya telah menjadikan seluruh ahli-ahli UMNO juga komponan dalam Barisan Nasional menjadi terbeban. Dia boleh arahkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai ketua wanita UMNO meletakkan jawatan kerana jika itu berlaku, UMNO sempat membetulkan keadaan dan mencari rawatan altenatif kepada wabak yang semakin merebak. Biarlah orang mengecam UMNO kerana ketua wanitanya diminta letak jawatan. Biarlah UMNO malu sedikit sedangkan kini malunya terlalu beasr. Jika Datuk Seri Shahrizat, awal-awal lagi akur dengan geasaan dan permintaan Bung Muktar Raden , masalah NFC yang terbeban berat ini dapat ditutup dengan cepat. Peluang untuk meyakinkan rakyat pastinya terbuka. BN mungkin dapat mencerahkan sedikit imejnya yang tercalar. Kini imej itu bertambah buruk apabila ketua wanita UMNO yang terlibat dalam isu NFC sanggup berpatah arang. Kini kenderaan Pakatan Rakyat tidak perlu masuk gear dengan cara manual. Semua pergerakkan untuk kejayaan telah bertukar auto. UMNO yang bertanggungjawab mengubah manual ini kepada auto.