Wednesday, April 27, 2011

Penulis hebat juga adakalanya buntu

Aku bertemu seorang penulis novel di pameran buku antarabangsa PWTC. Dia membeli buku Rindu Eropah Tawan Damascus. Setelah mendapat tanda tangan dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang penulis novel. Rupanya dah banyak novelnya diterbitkan. Maknanya dia ni seorang yang hebat di bidang penulisan.Setelah berbual seketika dia mengeluh. Katanya dia rendah diri bila melihat novel2 rakannya laris dibeli orang, Novelnya agak lembab dan kurang dibeli pembaca. Aku hairan, Bagaimana seorang penulis hebat boleh lemah semangat begitu. Dia sepatutnya bersyukur kerana banyak novelnya bertaburan di pasaran.
Melihat keadaannya yang agak murung akupun terus memberi pandangan . Kataku, "kamu jangan rasa rendah diri bila melihat rakan2 lebih ke haapan. Itu rezeki mereka. Mungkin pembaca telah melihat nilai novel tersebut. Mungkin iklan yg meluas menjadikan novel mereka di ketahui ramai."
Diapun mencelah. Katanya, jika penerbit membantu novelnya dengan mengeluarkan iklan di mana2, sudah tentu jualannya akan meningkat. Aku tegaskan kepadanya, jangan rendah diri dan jangan terlalu mengharap kepada penerbit. Penulis mesti pro-aktif, jangan biarkan novel yang telah terbit tidak disusuli dengan iklan dan pemberitahuan. Penulis kena ada inisiatif sendiri mempromosi buku hasil tulisan sendiri. Hidupkan halaman facebook. Buka perbahasan atau masukkan plot cerita novel yang ditulis. Umumkan novel baru. Cerita sinopsis dengan berkesan. Jawab komen pembaca dan add sebanyak mungkin rakan di facebook.
Dia mendengar dengan penuh minat. Akhirnya dia terangsang dan mahu melakukan perubahan minda. Aku juga nasihatkan dia supaya jangan melihat kejayaan orang dan jangan intai kehebatan orang. Tengok kehebatan sediri dan cari kekuatan diri dan jika kekuatan itu dapat dikesan, eksploit semaksima mungkin. Jadikan diri anda orang yang hebat. Tundukkan wajah melihat kesusahan orang di bawah. Jika kamu melihat orang susah, kamu yang tidak terlalu susah akan dapati diri kamu dalam kesenangan.
Beberapa hari kemudian, kelihatan wall facebooknya menjadi ruang komen pembaca dan peminatnya. Apa saja plot dan sinopsis, mendapat perhatian ramai pembaca. Dia menghubungi aku melalui ruangan chat. Dia mengaku apa yang aku cakap ada kebenarannya. Kini dia sentiasa masuk ruangan chat sebagai protege. Dia mahu nasihat dan bimbingan. Aku tiada halangan membantu penulis berjiwa besar yang berjiwa kecil sebelumnya.