Sudah terlalu lama aku tidak menyentuh blog ini. Sejak aku menghabiskan banyak masa menulis episod 2 Rindu Eropah Tawan Damascus, blog ini kutinggalkan kesepian. Tiada layanan, tiada sentuhan malah tiada kujeling sedikitpun. Kini setelah Dua Permata Di Pintu Kaabah akan diterbitkan, barulah aku menyusun jari mengetuk huruf-huruf bagi memberi hayat kepada blog Munir Ramli ini. Setakat ini dulu dan aku berjanji selepas ini aku akan terjun dengan labu-labuku ke dalam lautan bahtera kembara Ke laut Menjadi Pulau. InsyaAllah.