Kenapa pilih Bundle?
Dahulu tak timbul soal mahu ke bundle. Setiap kali mahu membeli pakaian, pasaraya atau kedai pakain menjadi pilihan. Tapi kini suasana sudah berubah , Rakyat sudah pandai mendekati bundle. Tempat jualan barangan terpakai khususnya pakaian lelaki dan wanita serta kanak2. Ada juga premis perniagaan ini menawarkan barangan hiasan rumah dan kasut dari pelbagai jenis.
Kini aku telah dinobatkan sebagai salah seorang tokeh bundle. Paling baharu dan terkini bundle milikku telah dibuka resmi di kawasan Manjung Perak. Perniagaan yang diberi nama Mr Munir Bundle ini beroperasi dari jam sepuluh pagi hingga ke larut malam jam sebelas.
Kenapa aku memilih Manjung sebagai lokasi kedua bundle ini selain dari Pulau Indah Klang. Tunggu akan diluas lebarkan dalam tulisan seterusnya.