Monday, November 14, 2011

Harapan BN untuk menguasai semula Selangor



Petang tadi aku bertemu seorang ketua kampung. Dia juga pengerusi JKKK. Bila sebut JKKK aku mudah lupa yang di Selangor JKKKnya dari penyokong Pakatan Rakyat. Terasa masih segar JKKK itu dari kalangan orang-orang BN. Mungkin terlalu lama BN menguasai Selangor hingga menjadikan penduduk di Selangor saperti aku ini, teringat-ingat zaman Dr Khir Toyo mantan menteri besar Selangor.



Setelah berbual hal-hal berkaitan katering untuk perkahwinan anakku, aku sempat bertanya hal ehwal politil semasa di Selangor.



"Macamana keadaan BN sekarang setelah semua JKKK di Selangor berubah tangan?" Aku mengajukan soalan kepada anak muda yang sangat aktif menjalankan perniagaan sewa khemah dan ketering.



"Umno di kawasan ini, lumpuh terus. Senyap tak berdaya. " Ringkas jawapan Taufik sambil menulis reset pembayaran cengkeram katering yang akan berlangsung pada 19 hb Nov ini.



"Bukankah mereka (BN) ada JKKP. Tentunya mereka mempunyai susur atur untuk mengambil alih kuasa negeri Selangor ini?"



Mendengar kata-kataku itu, Taufik tersenyum. Dia seolah-olah malas untuk menyatakan kebenaran dan hakikat apa yang berlaku di kawasannya. Ini kerana pengerusi JKKP adalah dari kalangan saudara maranya. Tapi dia bercakap juga.



"Makan gaji buta. Langsung diam . Taada satu aktivitipun. Kita PR pelawa mereka gunakan balairaya tetapi ta ada respon apa-apapun hinggakan YB ADUN BN Kuangpun naik menyampah.."



"Jadi bagaimana mereka mahu memujuk rakyat kawasan ini untuk menyokong BN dalam PRU 13 nanti.?"



Dengan penuh yakin Taufik berkata. "Mana ada mereka nak pujuk..Ta ada isu. Selangor cemerlang di bawah YB Tan Sri Khalid Ibrahim. Simpanan wang negeri mencatat rekod tertinggi.



Kita tunggulah nanti. Tengok samada kerusi yang BN diduduki kini kita rampas "



Dari pandangan dan buah kata Taufik dapat dibuat kesimpulan BN terutama sekali UMNO payah untuk mengambil kembali Selangor. Jika di kawasan Taufik itu keadaannya tidak mustahil di kawasan lain juga mengalami masalah yang sama.. Aku mengambil simpul di sini, Jika Pakatan Rakyat teruskan prestasi cemerlangnya mengawal selia negeri Selangor, sukar bagi BN untuk mengambil alih tampuk kerajaan Negeri Selangor.

Wednesday, November 9, 2011

Harga barang naik, harga sayur meningkat.

Kembalikan semangat 'Bumi Hijau'. Jika harga barangan termasuk sayur-sayuran melonjak naik secara mendadak tentu sekali bajet keluarga akan terjejas. Kegelisahan itu boleh di atasi jika kerajaan kembali mengambil dasar 'Buku Hijau' sebagai dasar pertanian baru. Jika dasar itu dihidupkan kembali nescaya, ramai yang mula bercucuk tanam di kawasan rumah mereka.
Satu ketika dulu,kerajaan menggalakkan tanaman secar 'hidroponik'. Ramai usahawan menjadikan cara pertanian ini sebagai punca mata pencarian. Kemudian mood pertanian cara itu hilang tiba-tiba. Kini kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu lebih aktif menaikkan semangat masyarakat supaya menjadikan pertanian sekaligus menanam sayur-sayuran sebagai punca mata pencarian yang menjamin kestabilan ekonomi keluarga dan negara.

Kembaraku masih jauh