Friday, May 9, 2014

Kenapa pilih Bundle?

Dahulu tak timbul soal mahu ke bundle. Setiap kali mahu membeli pakaian, pasaraya atau kedai pakain menjadi pilihan. Tapi kini suasana sudah berubah , Rakyat sudah pandai mendekati bundle. Tempat jualan barangan terpakai khususnya pakaian lelaki dan wanita serta kanak2. Ada juga premis perniagaan ini menawarkan barangan hiasan rumah dan kasut dari pelbagai jenis.
Kini aku telah dinobatkan sebagai salah seorang tokeh bundle. Paling baharu dan terkini bundle milikku telah dibuka resmi di kawasan Manjung Perak. Perniagaan yang diberi nama Mr Munir Bundle ini beroperasi dari jam sepuluh pagi hingga ke larut malam jam sebelas.
Kenapa aku memilih Manjung sebagai lokasi kedua bundle ini selain dari Pulau Indah Klang. Tunggu akan diluas lebarkan dalam tulisan seterusnya.

Wednesday, October 23, 2013

Walaupun baru sehari berada di tanah bekas jajahan British ini banyak yang dapat dipelajari. Pertama, masyarakat Cina Hong Kong tidak kecoh. Masyarakat bergerak ke hulu dan ke hilir tanpa kelihatan kelam kabut. Kedua, bandaraya Hong Kong terlalu kehadapan dari segi pembangunan tetapi perencak atau scaffolding untuk bina bangunan tinggi masih ada yg guna buluh. Kenapa? soalan yg masih belum terjawab. Ketiga. Dalam bandaraya sangat susah mencari sundry shop atau kedai runcit. Telor ayampun susah nak dapat. Esok ada komen baru berkaitan Hong Kong.

Saturday, October 19, 2013

Rindu Eropah Tawan Damascus dan Permata Di Pintu Kaabah. Dua buah travelog beriringan hasil karya Munir Ramli., Kedua2nya mencapai tahap Best Seller..Apa itu Best Seller?
testing 1234

Friday, July 26, 2013

Terlalu ghairah dengan facebook hingga terlupa Kelaut Menjadi Pulau.

Memang tabiat biasa manusia, jika buat satu, satu yang lain sering dilupakan. Aku juga begitu. Terlalu asyik berdepan facebook, blog kembaraku terabai. Apapun, itu bukan merupaka masalah besar. Facebook juga ibarat blog. Apa saja yg tersirat di minda, difacebook boleh diluahkan dan itulah yg akau lakukan. 
Kini aku kembali menjengah kelaut menjadi pulau. Buat awalnya, aku hanya menyentuh dan mencuit secebis saja. InsyaAllah kalau ada kelapangan, aku akan jadikan blog ini semeriah yg boleh demi menyemarakkan lagi dunia kembara. Sekian buat kali ini . Munir Ramli, Shah Alam Selangor.

Wednesday, September 19, 2012

Inilah saat-saat permulaan penulisan Travelog kedua Munir Ramli berjodol Permata Di Pintu Kaabah. 

Aku kembali ke bumi Mesir demi mengambil aura tiga dekat lalu. Hasilnya terciptalah sebuah lagi travelog kembara 400 muka surat. Kini travelog itu telah berada di pasaran dan kini Munir Ramli sedang giat mempromosikannya melalui media eletronik dan media cetak. Pagi jumaat 21 hb September 2012 ini, Munir Ramli akan bersiaran melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O rancangan milik TV 9. Saksikan Pak Ngah atau Tok Perak dalam sinopsis Permata di Pintu Kaabah jam 8-30 pagi..

Sunday, September 2, 2012

UNIT UMUM GRUP BUKU KARANGKRAF: Kembara yang hebat dalam sebuah naskah!

UNIT UMUM GRUP BUKU KARANGKRAF: Kembara yang hebat dalam sebuah naskah!: Permata Di Pintu Kaabah Munir Ramli Harga: RM 19.90 Sinopsis Mesir merupakan salah satu bumi anbiya yang bany...