Saturday, December 27, 2008

London menghidangkan cabaran dan ribut yang beterusan.

Menjadi kelassi hanyut jika kemudi kapal di pukul ombak. Tidak dapat dikawal. Terbalik dan hancur. Muatan bertaburan dan anak kapal tak tahu ke mana perginya.

Hidup di London mencabar iman. Jika lemah akanlah hancurlah badan. Setiap detik di hambat cabaran. Susah dan payah. Semua datang mendatang. Tak pernah mahu undur. Ibarat badai menhempas pantai. Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitulah hidup di Kota metropolitan ini. 50 pound seminggu, bunyinya sedikit. Tetapi jika di tukar menjadi ringgit jadi banyak. Satu bulan jadi 200. Bermakna satu bulan 1000 lebih. Itu nilai sewaan se buah bilik kecil yang di panggil "box room". Tapi bagi orang London 50 is 'nothing'.

Walaupun 1000 sewa sebulan, aku dapat 250 ringgit satu hari. Sebulan 7500. Banyak tu. Tapi sikit bagi orang London. Tapi aku bukan orang London, aku orang Malaysia cuma tinggal sementara di London. Jadi aku kira 7500 itu lumayan. Apa kerjanya yang boleh dapat gaji sedemikian. Dulu aku cakap, aku kerja basuh kereta. Tapi kali ini kerja apa pula?.

Cook, tukang masak macam Chef Wan. Tapi aku kat London Chef Wan kat Malaysia. Kalau orang yang peka akan terasa pelik. Macamana dari seorang tukang basuh kereta boleh jadi chef kat London. Saperti yang pernah aku kata kalau rajin semua boleh jadi. Di London jika kita berani dan rajin rezeki murah. Rupanya di London banyak tumbuh restoren masakan ala Pan Asian. Maksudnya yang ada kaitan dengan makanan negara tenggara asia dan Vietnam, Jepun.

Bila aku terlihat satu iklan di 'gum tree' mahukan seorang tukang masak Malaysia, terus aku masuk email nya. Dia balas dan panggil temuduga. Sampai di restoren Solo di Camden Town, taukehnya seorang India Sri Lanka minta aku buatkannya ' mee goring mamak'. Bukan susah nak masak mee goring mamak. Setelah masak dia makan dan jumpa aku kat dapau. Hati berdebar tapi dia terus salam tangan ku dan katanya" You got the job. When I ate your mee goring mamak, I feel like I,m ini PJ. " Hah !! PJ. Itu Petaling Jaya. Rupanya this guy dari Malaysia, asal Sri LAnka. Dia cakap melayu dengan aku. Ibu bapanya masih ka Petaling Jaya.

Selidik punya selidik di kawasan itu ada 9 restoren miliknya. Aku di letakkan di restoren yang bernama Zensai. Gaji yang aku perolehi ketika bekerja dengan pusat basuh kereta sebanyak 30 pound satu hari. Jadi aku dapat bayangkan mungkin kerja di restoren lebih sikit, mungkin satu hari gajinya 35 atau paling tinggi 40. Tapi tuhan saja tahu betapa gembiranya aku apabila pengurus restoren mengatakan bahawa gaji aku adalah sebanyak 50 satu hari. Maka aku menjadi pulau di lautan Zensai. Cukup dulu nanti aku sambung.

No comments: