Rezeki ada di mana mana. Tapi tidak mudah masuk ke mulut. Kekadang suapan makanan hampir ke mulut boleh jatuh ke tanah. Padahal terlalu hampir untuk masuk kedalam usus perut. Itu lah rezekei. Allah kata ada, maka adalah ia. Jika Allah kata payah rezeki maka payah lah ia.
Bagi aku. Sikap sambil lewa untuk mencari rezeki amat di kesali. Usaha sedikit, harapan menggunung, manakan boleh. Tapi jika kuat usaha, secara logiknya maka rezeki akan melimpah. Oleh itu. Sebelum tawakal usaha dahulu. Setelah berusaha serahkan kepada Allah untuk ketentuan. Dia (Allah) saja penentu.
Ketika aku di Johor Bharu 30 tahun lalu, kerja yang pernah aku buat adalah menjadi peniaga. Kali ini misi aku bukan untuk berniaga, tapi mahu mencari kerja untuk menambah bekalan perjalanan mengelilingi dunia. Kerja yang paling mudah adalah menjadi buruh. Lantas aku mencari tapak pembinaan. Di sana mungkin ada kerja yang boleh aku perolehi. Memang tepat. Kurang dua jam aku berjaya memikat seorang sub kontraktor konkrit. Dia terima aku sebagai pekerjanya. Gaji satu hari 16 ringgint (ketika itu belum dipanggil RM). Waktu itu jumlah tersebut adalah lumayan bagi seorang buruh sapertiku. Apa tidaknya,.Nasi bungkus lauk ayam harganya hanya 1-50 sen. Air sirap 30 sen. Satu hari aku dapat kumpul 10 ringgit.
Bagai nak patah pinggang. Tidak pernah aku mengangkat simen seberat 50 kilo, tapi kali ini aku terpaksa lakukan demi tugas. Waktu tamat kerja jam 5 petang aku dapati simen yang telah aku angkat adalah sebanyak 50 kampit. Itu adalah rekod bagiku. Tapi ianya dapat aku lakukan dengan menggunakan semangat kental. Pantang tewas. Biar badan sakit asalkan berjaya dan berhasil.
Dua bulan kemudian taukeh membawa aku dan beberapa pekerja lain kebanyakkannya anak-anak muda dari pantai timur ke kota Singa. Di sana gaji meningkat sebanyak 3 ringgit menjadi 19 ringgit satu hari. Begitu juga keadaannya saperti di Johor Bharu, kami kumpulan yang kerjanya asyik mencurah simen konkrit ke dalam acuan-acuan tiang atau acuan slab. Kadang-kadang meratakan lantai.
Aku simpan sedikit demi sedikit wang gajiku. Makan berjimat, masak sendiri. Sekali masak dua kali makan. Satu hari dapat kumpul 13 ringgit. Hasil wang kumpul ini aku nekat membeli sehelai tiket kapal laut penumpang yang ulang alik dari Madras India ke Singapura.
Taukeh sedih kehilangan ku. Pekerja yang baik dan berdedikasi (maaf puji diri), tapi demi misi dan cita-cita aku melayari satu perjalanan merempuh gelombang menuju ke lautan Hindi. Alangkah asing dan peliknya suasana. Pengalaman pertama menaiki kapal sebegitu besar yang membawa ribuan penumpang (nama kapal - Chidabaram). Mengalir air mata, melihat deruan air di pukul kipas. Pelabuhan Singapura ku tinggalkan dan mustahil di saat itu untuk aku berpatah balik. Ayuh ke depan, maju dan jangan di renung ke belakang.
No comments:
Post a Comment