Aku bernama Munir Ramli. Ayahku Md.Ramli atau Muhammad Ramli. P.Ramlee ayahnya bernama Puteh. Berasal dari Acheh Sumatra. Berhijrah ke Melaya dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan. Itulah yang melahirkan seorang seniman agong yang bernama P.Ramlee.
Ketika menonton Astro saluran 555 aku terpegun melihat kehebatan P.Ramnlee dengan kreativitinya yang luarbiasa mengolah dan menghasilkan banyak filem-filem Melayu. Sehingga hari ini filem-filem itu masih ditayangkan. Banyak filem bercorak komedi dan ada juga yang sangat serius saperti filem Hang Tuah. P. Ramlee jadi hero dan filem itu jika aku tidak silap asalnya hitam putih dan kemudian diwarnakan.
Menyaksikan filem yang dibintangi P.Ramlee dan rakan-rakan saperti Aziz Sattar, S, Shamsuddin tidak pernah menjemukan. Jika filem 'bujang lapuk' dimainkan hari-hari, aku tidak jemu menontonnya. Budak Bangladeshpun turut menggilai filem P.Ramlee. Seorang rakan Bangladesh bernama Roni akan berlari ke biliknya apabila ada filem P.Ramlee dimainkan di saluran 2 TV RTM. Entah apa yang dia suka sangat telatah P.Ramlee, akupun tak tahu dan hairan.
Kehebatan P.Ramlee rupanya bermula di Singapura. Banyak filem yang diarah dan dilakonkan beliau mendapat sambutan hebat. Ketika itu semuanya dibuat di Jalan Ampas dibawa syarikat Shaw Brothers. Entah siapa yang mempengaruhi akhirnya P. Ramlee berhijrah pula ke Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya nasib malang P.Ramlee. Merdeka Studio jauh beza dengan Shaw Production. P.Ramlee tidak dapat mengembangkan bakatnya di Kuala Lumpur. Cita-citanya untuk terus maju mula tergendala dengan keadaan kewangannya yang semalin meruncing.
Aku pernah bekerja seminggu di Shah Village Motel sebagi seorang tukang masak. Kami berempat, kesemuanya tukang masak ditempatkan di dalam sebuah kamar Motel berhampiran pejabat pengurusan. Kata salah seorang petugas, kamar di atas kamar kami adalah pejabat Allahyarham P.Ramlee. Kalau tak silap nama syarikat P.Ramlee (Buluh Perindu). Orang yang banyak membantu beliau di dalam kesusahan adalah pemilik Shah Motel (S.M Shah). Kata petugas itu lagi, beliau sering mendengar bunyi orang menyanyi di kamar tersebut sedangkan P. Ramlee telah meninggal dunia. Katanya kamar itu 'Berhantu'.
Seram juga bulu tengkukku mnendengar kisah petugas tersebut. Entah betul, entah kelentong Allah saja yang tahu. Apapun aku sangat tersentuh dengan nasib malang P.Ramlee. Ketika aku menonton filem Laksamana Do Re Me, ada satu kelainan kurasakan. Filem itu sangat hambar dan langsung tidak ada tarikan, tidak saperti filem-filem arahan P.Ramlee di Jalan Ampas. Rupa-rupanya itulah filem terakhir beliau dan filem itu dibikin dalam keadaan P.Ramlee yang sangat kecewa dan 'broke'.
Apabila P.Ramlee tinggal nama, mulalah manusia menilai karya dan hasil kerja Allahyarham. Banyak pihak mendapati dan ada yang menyangjung ciptaan seniman ini hingga ada pihak yang menganugerahkan P.Ramlee dengan beberapa pingat kebesaran termasuk Tan Sri. Sudah mati baru nak di kenali. Sudah tiada baru hendak diberi segala-gala kemewahan. Sudah pergi baru mahu digapai semula.
Badan P.Ramlee sebelum meninggal, gemuk dan gempal, mukanya bulat dan debab. Sebenarnya ketika itu seniman ini sedang sengsara, kurus dan kering di dalam. Al Fatihah.
Saturday, November 20, 2010
Wednesday, November 3, 2010
Salam buat pembaca,
Hari ini 3 hb Nov 2010 dikira hari yang gembira buat diriku Munir Ramli. Nampaknya Travelog Kelaut Menjadi Pulau di bawah judul 'Rindu Eropah Tawan Damascus' telah selesai di buat 'layout'. Editornya Siti Zarinah Hussein sedang menyemak buat kali terakhir sebelum diserahkan kepada penulis untuk bacaan kali terakhir sebelum di cetak. Aku terasa dunia ini bagai aku yang punya. Setitis demi setitis air jernih gugur dari kelopak mataku. Sayu dan pilu kegembiraan.
Menjadikan aku bertambah sayu dan terharu apabila membaca ruangan kata pengantar buku tersebut di tulis oleh Penasihat Eksukutif Media Karangkraf Sdr Abd. Jalil Ali. Sdr Abd. Jalil melakarkan sifat dan kekuatan jiwaku ketika aku bekerja di bawah jagaannya tiga dekat yang lalu. Terima kasih Sdr Abd Jalil.
Nah! kini apa yang aku impikan bakal menjadi kenyataan.
Ya, Allah !, ya Tuhanku. Permudahkanlah urusan seterusnya. Jadikanlah nukilanku ini sebagai salah satu alat motivasi bagi generasi muda yang sedang mencari rentak di alam ini. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)