Tuesday, December 13, 2011

PRU-13: Menteri akui BN lebih tertekan

PRU-13: Menteri akui BN lebih tertekan
Kadang-kadang kita rasa kesian dengan beberapa orang kenamaan termasuk menteri dan timbalan menteri. Mereka tahu penyelewengan berlaku dan kesalahan moral berlaku dalam kabinet tetapi mereka tidak mengambil tindakan berani menyuarakannya. Kalaupun mereka berani hanya mampu bersuara di arena2 forum dan di parlimen. Itupun dilakukan secara menyindir. Dalam mensyuarat majlis tertinggi atau mesyuarat bahagian atau negeri, aku tidak pasti samada mereka mampu meluahkan keadaan realiti parti kepada anggota parti yang lain. Dalam isu Feedlot Nfc mithalnya, adakah majlis mesyuart tertinggi UMNO mengambil perhatian serius terhadap isu yang membelenggu ahli UMNO dan BN Nasional ini. Dalam kes Satim Diman yang telah didapati melakukan transaksi tanah kerajaan negeri Selangor sewenangnya demi keuntungan peribadi. Adakah mereka membincangkan isu itu dan menyedari akibat dari kes memualkan itu bakal merentap sokongan rakyat berpindah kepada parti lawan.? Aku merasa mereka bukan tidak mahu bincangkan isu-isu negatif itu, mereka mahu tetapi oleh kerana kebanyakkan mereka juga terpalit dengan isu-isu dan masalah yang serupa jadi mulut menjadi kelu dan hati menjadi buta. Pasrah menunggu peralihan sokongan berlaku di depan mata. Jadilah kenyataan YB Saifuddin Abdullah saperti melontar 'Boomerang' yang dibaling dan berpatah balik ke badan sendiri.

No comments: