Friday, November 4, 2011

Pelayaran Di Laut Merah

Tiba masanya, pasti kembara akan disambung semula, Setelah berhempas pulas menciduk sebanyak mungkin Ilmu, aku membuat persiapan meninggalkan bumi Mesir. Ada dua kapal penumpang memberi perkhidmatan pengangkutan laut untuk ke Tanah Suci Mekah. Kapal-kapal ini bertolak dari pelabuhan Suez dan pelayaran berakhir di pelabuhan Jeddah. Qamar Assaudi dan kapal Alfaiz.

Aku menempah tiket untuk ke Jeddah menaiki kapal Alfaiz. Sebelum bertolak ada beberapa urusan dokumantasi perlu dibereskan. Semuah jemaah haji mesti terlebih dahulu mendapatkan visa haji dari kedutaan Arab Saudi. Aku tidak mahu terjadi kesilapan kali kedua.

Dulu ketika mahu mengerjakan ibadat haji dari Damascus Syria aku tersilap langkah. Pemergian aku ke sana tanpa merujuk kedutaan Arad Saudi terlebih dahulu. Akhirnya aku ke Tanah Suci tanpa mempunyai visa haji. Entah kenapa kesilapan bodoh itu berlaku. Sepatutnya aku dihumban semula ke Damascus tetapi Allah maha kaya lagi penyayang. Tanpa masalah aku dibenarkan masuk. Imigresen Arab Saudi membenarkan aku masuk tanpa mengambil berat soal kelalaian aku itu........apa jadi seterusnya. Sila rujuk Bab Tiga dalam Rindu Eropah Tawan Damascus episod 2 yang bakal terbit tidak lama lagi.


Gambar di Damascus dan Kaherah

Banyak yang boleh diceritakan tetapi jika melalui gambar, kisah jadi lebih menarik


Gambar ini semua diambil ketika kembara di bumi Kinanah Mesir pada bulan ramadhan yang lalu.








  1. Setelah lama tidak update blog, malam ni rasa macam nak tulis sesuatu. Sebelum beterusan biarlah aku mengaku bahawa jangka yang lama tidak memperbaharui blog itu bukan sebab tak ada apa yang nak ditulis. Sebenarnya aku sibuk menulis sambungan travelog Rindu Eropah Tawan Damascus. Kini buku itu telah siap ditulis. Sementara menunggu ia terbit ada baiknya aku hidupkan semula blog ini. Kini aku sudah ada kelapangan jadi bolehlah pembaca di luar sana mengambil bahagian memberi komen atas apa yang bakal aku bincangkan. Tunggu dan harap bersabar. Ini hanya intro.

Wednesday, April 27, 2011

Penulis hebat juga adakalanya buntu

Aku bertemu seorang penulis novel di pameran buku antarabangsa PWTC. Dia membeli buku Rindu Eropah Tawan Damascus. Setelah mendapat tanda tangan dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang penulis novel. Rupanya dah banyak novelnya diterbitkan. Maknanya dia ni seorang yang hebat di bidang penulisan.Setelah berbual seketika dia mengeluh. Katanya dia rendah diri bila melihat novel2 rakannya laris dibeli orang, Novelnya agak lembab dan kurang dibeli pembaca. Aku hairan, Bagaimana seorang penulis hebat boleh lemah semangat begitu. Dia sepatutnya bersyukur kerana banyak novelnya bertaburan di pasaran.
Melihat keadaannya yang agak murung akupun terus memberi pandangan . Kataku, "kamu jangan rasa rendah diri bila melihat rakan2 lebih ke haapan. Itu rezeki mereka. Mungkin pembaca telah melihat nilai novel tersebut. Mungkin iklan yg meluas menjadikan novel mereka di ketahui ramai."
Diapun mencelah. Katanya, jika penerbit membantu novelnya dengan mengeluarkan iklan di mana2, sudah tentu jualannya akan meningkat. Aku tegaskan kepadanya, jangan rendah diri dan jangan terlalu mengharap kepada penerbit. Penulis mesti pro-aktif, jangan biarkan novel yang telah terbit tidak disusuli dengan iklan dan pemberitahuan. Penulis kena ada inisiatif sendiri mempromosi buku hasil tulisan sendiri. Hidupkan halaman facebook. Buka perbahasan atau masukkan plot cerita novel yang ditulis. Umumkan novel baru. Cerita sinopsis dengan berkesan. Jawab komen pembaca dan add sebanyak mungkin rakan di facebook.
Dia mendengar dengan penuh minat. Akhirnya dia terangsang dan mahu melakukan perubahan minda. Aku juga nasihatkan dia supaya jangan melihat kejayaan orang dan jangan intai kehebatan orang. Tengok kehebatan sediri dan cari kekuatan diri dan jika kekuatan itu dapat dikesan, eksploit semaksima mungkin. Jadikan diri anda orang yang hebat. Tundukkan wajah melihat kesusahan orang di bawah. Jika kamu melihat orang susah, kamu yang tidak terlalu susah akan dapati diri kamu dalam kesenangan.
Beberapa hari kemudian, kelihatan wall facebooknya menjadi ruang komen pembaca dan peminatnya. Apa saja plot dan sinopsis, mendapat perhatian ramai pembaca. Dia menghubungi aku melalui ruangan chat. Dia mengaku apa yang aku cakap ada kebenarannya. Kini dia sentiasa masuk ruangan chat sebagai protege. Dia mahu nasihat dan bimbingan. Aku tiada halangan membantu penulis berjiwa besar yang berjiwa kecil sebelumnya.