
Friday, November 4, 2011
Pelayaran Di Laut Merah
Tiba masanya, pasti kembara akan disambung semula, Setelah berhempas pulas menciduk sebanyak mungkin Ilmu, aku membuat persiapan meninggalkan bumi Mesir. Ada dua kapal penumpang memberi perkhidmatan pengangkutan laut untuk ke Tanah Suci Mekah. Kapal-kapal ini bertolak dari pelabuhan Suez dan pelayaran berakhir di pelabuhan Jeddah. Qamar Assaudi dan kapal Alfaiz.
Aku menempah tiket untuk ke Jeddah menaiki kapal Alfaiz. Sebelum bertolak ada beberapa urusan dokumantasi perlu dibereskan. Semuah jemaah haji mesti terlebih dahulu mendapatkan visa haji dari kedutaan Arab Saudi. Aku tidak mahu terjadi kesilapan kali kedua.
Dulu ketika mahu mengerjakan ibadat haji dari Damascus Syria aku tersilap langkah. Pemergian aku ke sana tanpa merujuk kedutaan Arad Saudi terlebih dahulu. Akhirnya aku ke Tanah Suci tanpa mempunyai visa haji. Entah kenapa kesilapan bodoh itu berlaku. Sepatutnya aku dihumban semula ke Damascus tetapi Allah maha kaya lagi penyayang. Tanpa masalah aku dibenarkan masuk. Imigresen Arab Saudi membenarkan aku masuk tanpa mengambil berat soal kelalaian aku itu........apa jadi seterusnya. Sila rujuk Bab Tiga dalam Rindu Eropah Tawan Damascus episod 2 yang bakal terbit tidak lama lagi.
Gambar di Damascus dan Kaherah
Banyak yang boleh diceritakan tetapi jika melalui gambar, kisah jadi lebih menarik
- Setelah lama tidak update blog, malam ni rasa macam nak tulis sesuatu. Sebelum beterusan biarlah aku mengaku bahawa jangka yang lama tidak memperbaharui blog itu bukan sebab tak ada apa yang nak ditulis. Sebenarnya aku sibuk menulis sambungan travelog Rindu Eropah Tawan Damascus. Kini buku itu telah siap ditulis. Sementara menunggu ia terbit ada baiknya aku hidupkan semula blog ini. Kini aku sudah ada kelapangan jadi bolehlah pembaca di luar sana mengambil bahagian memberi komen atas apa yang bakal aku bincangkan. Tunggu dan harap bersabar. Ini hanya intro.
Subscribe to:
Posts (Atom)
