Monday, July 28, 2008

kelaut menjadi pulau

Memang apa saja yangdi lakukan mesti ada hasil.Positif atau negatif itu cerita lain. Hasil yang baik disebabkan oleh usaha yang bersungguh dan menepati lunas-lunas disiplin. Kalau dilakukan dengan gaya songsang maka hancurlah hasilnya.

Seorang peniaga kecil akan berjaya mencipta kejayaan dengan menghasilkan keuntungan yang banyak hasil dari usaha penuh disiplin dan bersungguh di tambah dengan kreativiti yang menakjubkan. Seorang pengusaha pisang goreng boleh menjadi jutawan sekiranya penjualan pisang gorengnya mendapat sambutan saperti peribahasa laris macam pisang goreng. Anda bayangkan untuk membeli pisang goreng yang saya sebutkan tadi, anda perlu berbaris sepanjang 20 meter. Taada jalan pintas. Tidak lama lagi penjual akan menyediakan nombor giliran elektronik untuk mendapat giliran saperti di kaunter-kaunter pejabat.

Kutipan satu hari mencecah RM1200. Modal termasuk gaji RM600. Untung bersih satelah tolak sewa RM550. Bayangkan RM55oX6 hari. Banyak tu.

2 comments:

dodi said...

ba...dodi da jumpe blog baba....

dodi said...
This comment has been removed by the author.