Tuesday, January 20, 2009

Indah khabar dari rupa

Memang hebat bunyinya. Terkenal, boleh bebas berjumpa vip. Dapat keistimewaan di majlis-majlis eksklusif. Tapi hebat dan glamour di kulit saja. Isinya kosong. Kantong kosong, poket kosong. Makan gaji. Dapat gaji, tolak sana, tolak sini, baki hanya 50 RM. Nak buat apa dengan wang sebanyak itu. Itulah kerja pemberita. Terlari sana, terlari sini. Fokas sana, fokas sini. Tapi bak kata orang putih.' At the end of the day' habukpun taada.
Aku hidup dalam dunia ini sekitar tahun tujuh puluhan. Naik dari menjawat jawatan sebagai seorang budak pejabat menjadi seorang pemberita. Gaji ta seberapa, tapi kerja cukup berisiko. Balik ke rumah lewat malam. Kadang-kadang berada di tempat yang agak sensitif. Silap lapor, bahana akibatnya. Silap nilai kena saman jawapannya. Tapi aku lakukan kerja dengan sepenuh hati dan penuh minat. Tak kira siang dan malam. Tak kira panas terik, hujan atau ribut, aku redah. Semua itu untuk dapatkan secebis berita yang belum tentu dapat di muatkan di dalam kolum akhbar syarikat di mana aku bernaung. Walaupun berita itu menarik tetapi oleh kerana ada unsur-unsur keselamatan, maka berita itu tidak dapat di siarkan. Adakalanya berita itu merupakan gosip terbaru. Belum ada lagi pemberita lain yang menulis tentangnya, maka berita itu juga harus di pertimbangkan dahulu oleh editor kolum. Merujuk pula kepada pengarang kumpulan. Jika lulus, baru di siarkan, gempar satu dunia. Aku pernah tulis satu artikel tenta ng kisah cinta tersembunyi oleh seorang artis wanita terhadap seorang artis lelaki popular tahun tujuh pulahan. Tidak perlu aku sebut namanya. Apabila tersiar berita itu, kecoh satu Malaysia. Aku lari-larikan diri. Bukan takut, tapi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Aku bukan buat fitnah, Aku bukan tulis suka-suka. Tapi semua itu realiti yang aku dapat berita itu dari tuan badan sendiri. Entah apa mimpinya dia boleh meluahkan perasaannya terhadap artis lelaki tersebut di hadapanku. Dia tahu aku pemberita. Dia tahu, mungkin cerita itu akan tersebar. Tapi dia tetap mahu cerita kepada ku. Apa lagi, laju jari ku menaip sebaik dapat keseluruhan cerita. Apabila tersiar berita cinta tersebut karier artis tersebut menurun dan akhirnya menjadi kenangan. Bahaya hidupku ini. Demi sedikit habuan, nasib seorang terjejas teruk. Ini tidak boleh jadi. Aku mesti mengubah haluan kapalku.
Lautan hidup seorang pemberita memang dalam. Ombak mengaanas, tapi lautan itu tidak mempunyai banyak khazanah. Ikan besar terlalu sedikit. Rezekipun amat terhad. Cuma menang sorak saja. Aku tidak boleh lama di bidang ini. Aku mesti mengharungi lautan yang lebih menguntungkan.
Kapal ku berlayar terus.
Berlabuh sebentar di pelabuhan bisnes.

No comments: