Saturday, March 26, 2011

Gempa Video Tsunami politik

Bila gempa bumi melanda Jepun, Tsunami mengempas pantainya. Gerak bumi di bawah permukaan air telah mencetuskan ombak besar memukul pantai. Ombak setinggi 10 meter tidak terdaya di tanggung bandar di perairan timur Jepun. Air melimpah masuk ke daratan mengakibatkan kehancuran berbilion dolar Amerika.

Di Malaysia, beberapa hari lepas tercetus gempa video seks yang didedahkan oleh beberapa orang senior politician negara. Hasil dedahan tersebut terjadi Tsunami politik. Tidak semena2 kebangkitan berlaku kebangkitan rakyat, terutama penyokong pakatan rakyat. Ulasan2 berupa cemuhan dilemparkan di mana2. Jika ada ceramah politik membabitkan pemimpin utama pakatan, pengunjung tidak kira lelaki dan wanita berduyun2 mahu mendengar hujah dan pandangan terkini.

Bila Tsunami ini reda, tiada siapa tahu, tetapi di saat negara akan mengadakan pilihan raya negeri Sarawak, isu ini tidak akan berhenti malah ia akan terus merebak menjadi banjir besar .Apakah akan terjadi kepada pencetus idea video ini, pihak polis saja berkuasa memutuskannya. Pelakon di dalam klip video itu juga pastinya akan disoal siasat dan sekiranya ada unsur2 sabotaj dan character assasination, maka polis tidak teragak2 akan mendakwa pihak2 terbabit.

No comments: