Wednesday, November 30, 2011
Sunday, November 27, 2011
Munir Ramli di USIM Universiti Sains Islam Malaysia
Urustadbir baik: Bukan PR kata, ketua audit yang kata
Urustadbir negeri terutama hal ehwal kewangan merupakan induk penilaian samada kerajaan itu amanah atau sebaliknya. Berlaku penyelewengan atau sebaliknya. Jika ketua Audi Negara telah memberi komen, itu bermakna, rakyat perlu terima keadaan urustadbir sesebuah negeri dengan secara berlapang dada. Urustadbir baik: Bukan PR kata, ketua audit yang kata
Saturday, November 26, 2011
Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
Obses pada buku ?
Jika anda menaiki perkhidmatan LRT cuba singgah di stesen LRT Masjid Jamik Kuala Lumpur. Berhampiran eskalator terdapat satu papan iklan berlampu dan cuba lihat iklan apa itu. Pastinya ada sebuah iklan dari Kumpulan Karangkraf...'Obses pada Buku. Cuba perhatikan gambar buku travelog Rindu Eropah Tawan Damascus menghiasi papan iklan itu.
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Sudah jatuh ditimpa tangga.
Senyap sunyi UMNO dengan dua isu besar yang diperkatakan kebelakangan ini. Kes pertama melibatkan maruah Datuk Shahrizat Abdul Jalil. dalam masalah FLC atau Feedlot Corporation yang didakwa berlaku penyelewengan dana rakyat. Hampir 10 juta digunakan membeli kondominium mewah sedangkan syarikit itu berurusan masalah lembu. Kedua, pendedahan Menteri Besar Selangor berkaitan kerenah yang membabitkan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Satim Diman. Pendedahan itu sangat memalukan dan meloyakan sebahagian ADUN BN sendiri. Jika kes Datuk Shahrizat Abdul Jalil meloyakan Datuk Bung Muktar Raden hingga, ahli backibencer kerajaan itu menggesa rakannya itu meletakkan jawatan atas alasan kes itu menjadi beban buat Barisan Nasional. Kini loya itu menjangkiti DUN Selangor pula. Kata Bung Muktar Raden, kes FLC dan Shahrizat sukar diterangkan kepada akar umbi UMNO dan sekaligus memburukkan nama Barisan Nasional. Kini kes Satim Diman bakal mengundang keadaan yang sama terhadap ADUN BN untuk menjawab jika ada pertanyaan dari golongan penyokong tegar BN. Kes salah gunakuasa Mantan MB Datuk Seri Khir Toyo juga disebut dalam hujjah penggulungan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahin dalam dewan undangan negeri baru-baru ini. Ibarat dah jatuh dihempap tangga, begitulah keadaan politik BN dewasa ini. Apapun ada segelintir penulis-penulis di ruangan facebook masih memejamkan mata buat-buat tak nampak isu besar penyelewengan ini. Mereka lantas menulis dan mengkritik rancangan yang bakal dilaksanakan di negeri Selangor saperti Kompleks Kondominium di lokasi padang PKNS sekarang ini dijadikan hujah memburukkan Pimpinan Pakatan Rakyat. Tapi apapun kritik dan komen itu tidak kemana perginya kerana sebelum sesuatu projek dijalankan di negeri Selangor, kajian terperinci telah dilakukan termasuklah projek di Kelana Jaya ini. Dengar khabarnya ada beberapa lagi isu penyelewengan BN bakal didedahkan dalam waktu terdekat. Jika benar dan terbukti sahih. bermakna nasib BN,sudahlah jatuh dihempap tangga kemudian dihempap bala..
Monday, November 14, 2011
Harapan BN untuk menguasai semula Selangor
Petang tadi aku bertemu seorang ketua kampung. Dia juga pengerusi JKKK. Bila sebut JKKK aku mudah lupa yang di Selangor JKKKnya dari penyokong Pakatan Rakyat. Terasa masih segar JKKK itu dari kalangan orang-orang BN. Mungkin terlalu lama BN menguasai Selangor hingga menjadikan penduduk di Selangor saperti aku ini, teringat-ingat zaman Dr Khir Toyo mantan menteri besar Selangor.
Setelah berbual hal-hal berkaitan katering untuk perkahwinan anakku, aku sempat bertanya hal ehwal politil semasa di Selangor.
"Macamana keadaan BN sekarang setelah semua JKKK di Selangor berubah tangan?" Aku mengajukan soalan kepada anak muda yang sangat aktif menjalankan perniagaan sewa khemah dan ketering.
"Umno di kawasan ini, lumpuh terus. Senyap tak berdaya. " Ringkas jawapan Taufik sambil menulis reset pembayaran cengkeram katering yang akan berlangsung pada 19 hb Nov ini.
"Bukankah mereka (BN) ada JKKP. Tentunya mereka mempunyai susur atur untuk mengambil alih kuasa negeri Selangor ini?"
Mendengar kata-kataku itu, Taufik tersenyum. Dia seolah-olah malas untuk menyatakan kebenaran dan hakikat apa yang berlaku di kawasannya. Ini kerana pengerusi JKKP adalah dari kalangan saudara maranya. Tapi dia bercakap juga.
"Makan gaji buta. Langsung diam . Taada satu aktivitipun. Kita PR pelawa mereka gunakan balairaya tetapi ta ada respon apa-apapun hinggakan YB ADUN BN Kuangpun naik menyampah.."
"Jadi bagaimana mereka mahu memujuk rakyat kawasan ini untuk menyokong BN dalam PRU 13 nanti.?"
Dengan penuh yakin Taufik berkata. "Mana ada mereka nak pujuk..Ta ada isu. Selangor cemerlang di bawah YB Tan Sri Khalid Ibrahim. Simpanan wang negeri mencatat rekod tertinggi.
Kita tunggulah nanti. Tengok samada kerusi yang BN diduduki kini kita rampas "
Dari pandangan dan buah kata Taufik dapat dibuat kesimpulan BN terutama sekali UMNO payah untuk mengambil kembali Selangor. Jika di kawasan Taufik itu keadaannya tidak mustahil di kawasan lain juga mengalami masalah yang sama.. Aku mengambil simpul di sini, Jika Pakatan Rakyat teruskan prestasi cemerlangnya mengawal selia negeri Selangor, sukar bagi BN untuk mengambil alih tampuk kerajaan Negeri Selangor.
Friday, November 11, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Harga barang naik, harga sayur meningkat.
Kembalikan semangat 'Bumi Hijau'. Jika harga barangan termasuk sayur-sayuran melonjak naik secara mendadak tentu sekali bajet keluarga akan terjejas. Kegelisahan itu boleh di atasi jika kerajaan kembali mengambil dasar 'Buku Hijau' sebagai dasar pertanian baru. Jika dasar itu dihidupkan kembali nescaya, ramai yang mula bercucuk tanam di kawasan rumah mereka.
Satu ketika dulu,kerajaan menggalakkan tanaman secar 'hidroponik'. Ramai usahawan menjadikan cara pertanian ini sebagai punca mata pencarian. Kemudian mood pertanian cara itu hilang tiba-tiba. Kini kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu lebih aktif menaikkan semangat masyarakat supaya menjadikan pertanian sekaligus menanam sayur-sayuran sebagai punca mata pencarian yang menjamin kestabilan ekonomi keluarga dan negara.
Satu ketika dulu,kerajaan menggalakkan tanaman secar 'hidroponik'. Ramai usahawan menjadikan cara pertanian ini sebagai punca mata pencarian. Kemudian mood pertanian cara itu hilang tiba-tiba. Kini kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani perlu lebih aktif menaikkan semangat masyarakat supaya menjadikan pertanian sekaligus menanam sayur-sayuran sebagai punca mata pencarian yang menjamin kestabilan ekonomi keluarga dan negara.
Tuesday, November 8, 2011
Sunday, November 6, 2011
Saturday, November 5, 2011
Tazkirah Jemputan Bersama Tuan Haji Abdul Munir Ramli 3
Sebahagian ceramah motivasi yang berlasung di tingkat enam rumah Perak A di Haiyu Sabie' Kaherah Mesir..
Friday, November 4, 2011
Pelayaran Di Laut Merah
Tiba masanya, pasti kembara akan disambung semula, Setelah berhempas pulas menciduk sebanyak mungkin Ilmu, aku membuat persiapan meninggalkan bumi Mesir. Ada dua kapal penumpang memberi perkhidmatan pengangkutan laut untuk ke Tanah Suci Mekah. Kapal-kapal ini bertolak dari pelabuhan Suez dan pelayaran berakhir di pelabuhan Jeddah. Qamar Assaudi dan kapal Alfaiz.
Aku menempah tiket untuk ke Jeddah menaiki kapal Alfaiz. Sebelum bertolak ada beberapa urusan dokumantasi perlu dibereskan. Semuah jemaah haji mesti terlebih dahulu mendapatkan visa haji dari kedutaan Arab Saudi. Aku tidak mahu terjadi kesilapan kali kedua.
Dulu ketika mahu mengerjakan ibadat haji dari Damascus Syria aku tersilap langkah. Pemergian aku ke sana tanpa merujuk kedutaan Arad Saudi terlebih dahulu. Akhirnya aku ke Tanah Suci tanpa mempunyai visa haji. Entah kenapa kesilapan bodoh itu berlaku. Sepatutnya aku dihumban semula ke Damascus tetapi Allah maha kaya lagi penyayang. Tanpa masalah aku dibenarkan masuk. Imigresen Arab Saudi membenarkan aku masuk tanpa mengambil berat soal kelalaian aku itu........apa jadi seterusnya. Sila rujuk Bab Tiga dalam Rindu Eropah Tawan Damascus episod 2 yang bakal terbit tidak lama lagi.
Gambar di Damascus dan Kaherah
Banyak yang boleh diceritakan tetapi jika melalui gambar, kisah jadi lebih menarik
- Setelah lama tidak update blog, malam ni rasa macam nak tulis sesuatu. Sebelum beterusan biarlah aku mengaku bahawa jangka yang lama tidak memperbaharui blog itu bukan sebab tak ada apa yang nak ditulis. Sebenarnya aku sibuk menulis sambungan travelog Rindu Eropah Tawan Damascus. Kini buku itu telah siap ditulis. Sementara menunggu ia terbit ada baiknya aku hidupkan semula blog ini. Kini aku sudah ada kelapangan jadi bolehlah pembaca di luar sana mengambil bahagian memberi komen atas apa yang bakal aku bincangkan. Tunggu dan harap bersabar. Ini hanya intro.
Subscribe to:
Posts (Atom)