Wednesday, November 16, 2011

Sudah jatuh ditimpa tangga.



Senyap sunyi UMNO dengan dua isu besar yang diperkatakan kebelakangan ini. Kes pertama melibatkan maruah Datuk Shahrizat Abdul Jalil. dalam masalah FLC atau Feedlot Corporation yang didakwa berlaku penyelewengan dana rakyat. Hampir 10 juta digunakan membeli kondominium mewah sedangkan syarikit itu berurusan masalah lembu. Kedua, pendedahan Menteri Besar Selangor berkaitan kerenah yang membabitkan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Satim Diman. Pendedahan itu sangat memalukan dan meloyakan sebahagian ADUN BN sendiri. Jika kes Datuk Shahrizat Abdul Jalil meloyakan Datuk Bung Muktar Raden hingga, ahli backibencer kerajaan itu menggesa rakannya itu meletakkan jawatan atas alasan kes itu menjadi beban buat Barisan Nasional. Kini loya itu menjangkiti DUN Selangor pula. Kata Bung Muktar Raden, kes FLC dan Shahrizat sukar diterangkan kepada akar umbi UMNO dan sekaligus memburukkan nama Barisan Nasional. Kini kes Satim Diman bakal mengundang keadaan yang sama terhadap ADUN BN untuk menjawab jika ada pertanyaan dari golongan penyokong tegar BN. Kes salah gunakuasa Mantan MB Datuk Seri Khir Toyo juga disebut dalam hujjah penggulungan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahin dalam dewan undangan negeri baru-baru ini. Ibarat dah jatuh dihempap tangga, begitulah keadaan politik BN dewasa ini. Apapun ada segelintir penulis-penulis di ruangan facebook masih memejamkan mata buat-buat tak nampak isu besar penyelewengan ini. Mereka lantas menulis dan mengkritik rancangan yang bakal dilaksanakan di negeri Selangor saperti Kompleks Kondominium di lokasi padang PKNS sekarang ini dijadikan hujah memburukkan Pimpinan Pakatan Rakyat. Tapi apapun kritik dan komen itu tidak kemana perginya kerana sebelum sesuatu projek dijalankan di negeri Selangor, kajian terperinci telah dilakukan termasuklah projek di Kelana Jaya ini. Dengar khabarnya ada beberapa lagi isu penyelewengan BN bakal didedahkan dalam waktu terdekat. Jika benar dan terbukti sahih. bermakna nasib BN,sudahlah jatuh dihempap tangga kemudian dihempap bala..

No comments: