Friday, November 4, 2011
Gambar di Damascus dan Kaherah
Banyak yang boleh diceritakan tetapi jika melalui gambar, kisah jadi lebih menarik
- Setelah lama tidak update blog, malam ni rasa macam nak tulis sesuatu. Sebelum beterusan biarlah aku mengaku bahawa jangka yang lama tidak memperbaharui blog itu bukan sebab tak ada apa yang nak ditulis. Sebenarnya aku sibuk menulis sambungan travelog Rindu Eropah Tawan Damascus. Kini buku itu telah siap ditulis. Sementara menunggu ia terbit ada baiknya aku hidupkan semula blog ini. Kini aku sudah ada kelapangan jadi bolehlah pembaca di luar sana mengambil bahagian memberi komen atas apa yang bakal aku bincangkan. Tunggu dan harap bersabar. Ini hanya intro.
Wednesday, April 27, 2011
Penulis hebat juga adakalanya buntu
Aku bertemu seorang penulis novel di pameran buku antarabangsa PWTC. Dia membeli buku Rindu Eropah Tawan Damascus. Setelah mendapat tanda tangan dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang penulis novel. Rupanya dah banyak novelnya diterbitkan. Maknanya dia ni seorang yang hebat di bidang penulisan.Setelah berbual seketika dia mengeluh. Katanya dia rendah diri bila melihat novel2 rakannya laris dibeli orang, Novelnya agak lembab dan kurang dibeli pembaca. Aku hairan, Bagaimana seorang penulis hebat boleh lemah semangat begitu. Dia sepatutnya bersyukur kerana banyak novelnya bertaburan di pasaran.
Melihat keadaannya yang agak murung akupun terus memberi pandangan . Kataku, "kamu jangan rasa rendah diri bila melihat rakan2 lebih ke haapan. Itu rezeki mereka. Mungkin pembaca telah melihat nilai novel tersebut. Mungkin iklan yg meluas menjadikan novel mereka di ketahui ramai."
Diapun mencelah. Katanya, jika penerbit membantu novelnya dengan mengeluarkan iklan di mana2, sudah tentu jualannya akan meningkat. Aku tegaskan kepadanya, jangan rendah diri dan jangan terlalu mengharap kepada penerbit. Penulis mesti pro-aktif, jangan biarkan novel yang telah terbit tidak disusuli dengan iklan dan pemberitahuan. Penulis kena ada inisiatif sendiri mempromosi buku hasil tulisan sendiri. Hidupkan halaman facebook. Buka perbahasan atau masukkan plot cerita novel yang ditulis. Umumkan novel baru. Cerita sinopsis dengan berkesan. Jawab komen pembaca dan add sebanyak mungkin rakan di facebook.
Dia mendengar dengan penuh minat. Akhirnya dia terangsang dan mahu melakukan perubahan minda. Aku juga nasihatkan dia supaya jangan melihat kejayaan orang dan jangan intai kehebatan orang. Tengok kehebatan sediri dan cari kekuatan diri dan jika kekuatan itu dapat dikesan, eksploit semaksima mungkin. Jadikan diri anda orang yang hebat. Tundukkan wajah melihat kesusahan orang di bawah. Jika kamu melihat orang susah, kamu yang tidak terlalu susah akan dapati diri kamu dalam kesenangan.
Beberapa hari kemudian, kelihatan wall facebooknya menjadi ruang komen pembaca dan peminatnya. Apa saja plot dan sinopsis, mendapat perhatian ramai pembaca. Dia menghubungi aku melalui ruangan chat. Dia mengaku apa yang aku cakap ada kebenarannya. Kini dia sentiasa masuk ruangan chat sebagai protege. Dia mahu nasihat dan bimbingan. Aku tiada halangan membantu penulis berjiwa besar yang berjiwa kecil sebelumnya.

Saturday, March 26, 2011
Gempa Video Tsunami politik
Bila gempa bumi melanda Jepun, Tsunami mengempas pantainya. Gerak bumi di bawah permukaan air telah mencetuskan ombak besar memukul pantai. Ombak setinggi 10 meter tidak terdaya di tanggung bandar di perairan timur Jepun. Air melimpah masuk ke daratan mengakibatkan kehancuran berbilion dolar Amerika.
Di Malaysia, beberapa hari lepas tercetus gempa video seks yang didedahkan oleh beberapa orang senior politician negara. Hasil dedahan tersebut terjadi Tsunami politik. Tidak semena2 kebangkitan berlaku kebangkitan rakyat, terutama penyokong pakatan rakyat. Ulasan2 berupa cemuhan dilemparkan di mana2. Jika ada ceramah politik membabitkan pemimpin utama pakatan, pengunjung tidak kira lelaki dan wanita berduyun2 mahu mendengar hujah dan pandangan terkini.
Bila Tsunami ini reda, tiada siapa tahu, tetapi di saat negara akan mengadakan pilihan raya negeri Sarawak, isu ini tidak akan berhenti malah ia akan terus merebak menjadi banjir besar .Apakah akan terjadi kepada pencetus idea video ini, pihak polis saja berkuasa memutuskannya. Pelakon di dalam klip video itu juga pastinya akan disoal siasat dan sekiranya ada unsur2 sabotaj dan character assasination, maka polis tidak teragak2 akan mendakwa pihak2 terbabit.

Friday, February 4, 2011
Review Novel
Saya terbaca sebuah novel yang cuba menyingkap isi hati kekecewaan. Buku itu tebal tetapi tidak menjangkau 500 muka surat. Sebagai seorang peminat novel saya sangat teruja melihat cover dan coretan di muka belakang. Sesiapa saja yang melihat buku ini memang tertarik untuk membelinya. Gambar sebuah rumah bercirikan senibina Eropah dipaparkan begitu indah dan tenang hati melihatnya.
Setelah membaca beberapa muka surat, saya mula terasa hambar dan di kepala meruntun satu noktah. Saya tidak sabar mahu menunggu permulaan plot cerita dan dan saya juga tertunggu-tunggu di mana watak utama dan di mana watak sampingan. Setelah terus membaca, belum ada tanda penulis menentukan hala tuju penulisan ini. Siapa yang memainkan watak langsung tidak diperkenalkan., Watak suami sangat kabur dan watak isteri terlebih paparan.
Ada seorang lagi yang sangat ditunggu2 kehadirannya juga tidak muncul hingga ke akhir halaman. Apapun yang diungkap, saya terus juga membaca, dengan satu harapan penulis dapat menceritakan dengan terang apakah mesej sebenar tulisan ini. Terlalu hambar dan penuh dengan ekspresi yang adakalanya terlalu menjemukan. Ketika satu dialog diungkapkan, dihiasi ekspresi berbunga2. Dialog pendek di sambung ke halaman yang lain. Tidak dapat hendak dikaitkan kerana dialog itu telah terlepas jauh. Tangisan juga terlalu banyak hinggakan buku ini boleh di beri tajuk ' Hujan Dinihari'.
Saya terus membaca walaupun terasa sangat seksa untuk menghabiskan bacaan. Tetapi tidak mengapa kerana buku ini tebal dan masih ada harapan untuk menemui satu noktah. Baca terus membaca, tetapi hampa. Penulis masih bermain kata2. Kesalahan sang suami yang dianggap terlalu besar tidak di luas lebar hingga tidak meyakinkan malah kesalahan watak utama terserlah hebat. Banyak flash back yang tidak di jelaskan dengan rapi membuatkan saya jadi jemu. Lokasi rumah juga tidak di luas lebar dan saya tahu kisah ini ada kaitan di antara dua benua. Tetapi penulis gagal merangkumkannya.
Watak keluarga juga memeningkan kepala. Adakah watak itu berada di dunia atau benua yang sama.? Bangsa juga memainkan peranan besar di dalam menghiasi tulisan ini. Hingga ke akhir halaman, saya dan mungkin semua pembaca tidak tahu apakah bangsa pasangan penulis dan bagaimanakah fahaman agamanya. Jika dihuraikan sikap tidak mengikut perintah agama, mungkin pembaca akan bersimpati tetapi saya tidak lihat pasangan watak utama begitu menyerlah dan sukar untuk menilai keburukkannya.
Apapun terlalu banyak yang perlu diperbetulkan sebelum buku ini terbit di pasaran.
Novel atau buku atas apa genre sekalipun tidak boleh sewenang-wenangnya di taburkan di pasaran. tetapi saya yakin terbitan buku ini ada satu tuntutan sosial demi membantu penyelsaian terhadap sesuatu masalah,. Tetapi setelah membaca keseluruhan novel ini, saya berpendapat , kandungan dan cerita yang dipaparkan tidak boleh membantu untuk maksud yang saya sebutkan.
Adakalanya penerbit mengeluarkan buku kerana tulisan itu memang baik dan ada nilai komersial.
Adakalanya penerbit menyiarkan buku semata2 kerana penulis itu ramai peminat dan telah menempa nama saperti Ramli Awang Murseed , atau Ain Maisara penulis PTS.
Adakalanya penerbit mengarahkan editor menguruskan buku yang tidak berkualiti semata2 kerana ada satu agensi sanggup membeli dengan bilangan yang banyak.
Adakala penerbit mencetak hanya seribu naskhah buku yang ditulis penulis baru atas dasar buku itu tidak akan laku di pasaran. Kenapa diterbitkan jika dilihat tidak akan laku di pasaran? Jawapannya begini.
Keputusan untuk mencetak adalah di tangan satu badan yang dianggotai beberapa orang editor, pengurus,. termasuk bahagian pemasaran. Editor juga campur tangan tetapi kata2 dan buah fikiran editor tidak kuat dan seringkali ditewaskan oleh wakil bahagian pemasaran sedangkan bahagian pemasaran tidak membaca terlebih dahulu manuskrip yang di tulis. Akhirnya buku yang bagus diterbitkan dan dicetak hanya seribu. tetapi setelah dua minggu di dalam pasaran, pihak pemasaran jadi kelam kabut kerana buku yang dianggap tidak laku mendapat sambutan hangat dan di cari oleh ramai pembaca, TV juga turut menceritakan kehebatan buku ini.Akhirnya buku ini jadi 'best seller'
Melihat situasi buku yang baru saya baca, saya yakin dan percaya ia di cetak berdasar tuntutan sosial kerana penulis telah mendapat liputan yang sangat meluas dan kisah silamnya telah menjadi bualan hangat. Oleh itu pembaca akan membeli saja buku ini dengan harapan dapat berkongsi masalah tetapi bagi saya matlamat tidak sampai.
Nasihat saya supaya, penulis lebih merancang plot dan jalan cerita., Pembaca mahukan hiburan dan mahukan kepuasan setelah membaca. Pembaca juga sanggup berkongsi duka dan kekecewaan tetapi jika olahan tidak dilakukan dengan baik, pembaca akan menghentikan bacaan dan membakul sampah buku ini.
Penulis boleh berjaya menjadi seorang penulis novel yang disegani., Syarat utama, penulis mesti mengubah cara tulisan dan merancang terlebih dahulu sebelum menulis. Plot dan jalan cerita sangat penting. Saya ulangi, Plot dan jalan cerita sangat penting. Nama watak juga penting, Nama tempat dan lokasi cerita mesti di isbatkan. Waktu kisah yang hendak dipaparkan juga mesti selari dan banyak lagi perlu difikirkan., Apapun Novel ini banyak membawa ekspresi yang cantik dan mengkagumkan. Bahasanya juga baik dan tidak banyak perlu dikomen. Semua yang tersirat dan tersurat, penulis sendiri yang memahami. Saya tidak dapat menghayati novel ini dengan hati yang gembira kerana watak utama menyerlahkan terlalu banyak komflik diri dan terlalu banyak menyalahkan pihak ketiga. Di manakah keadilannya kisah ini ?

Subscribe to:
Posts (Atom)