Thursday, August 21, 2008

Nantilah, aku masih belum ada masa menulis

London Lautan paling dalam.

Semua orang tahu London. Bandar paling mahal. Tidak semua orang dapat menjejak kaki di bumi ini. Tapi ramai juga orang yang kaya raya di tanah British ini, terutama sekali orang Islam sendiri. Kalau di lihat di merta tempat di jalan-jalan dan di restoran-restoran, kelihatan ramai orang arab. Edgware Road jadi jalan orang arab. Hampir semua yang lalu-lalang adalah muka arab. Hotel dan apartment, dipenuhi oleh orang dia saja.

Harrods, salah sebuah gedung belibelah yang terbesar di tengah kota ini. Pengunjung terdiri dari berbagai-bagai bangsa tapi majoriti orang arab. Kita masuk cuma eye shopping, tapi mereka masuk tangan kosong apabila keluar, kiri kanan tangan dipenuhi barangan belian. 1000 pound macam seratus RM. Padahal kalau di kira pertukaran semasa, nilai 1000 itu adalh RM 6600. Banyak tu. Mereka keluarkan dengan selamba. Kita pakai kad kredit. Mereka tidak.

Tapi apa yang nak di cerita di sini adalah mengenai tuan punya Harrods itu. Orang arab juga. Muhammad Fayed namanya, ayah kepada Dodi Fayed yang meninggal dunia di dalam kemalangan kereta di Paris bersama Puteri Diana. Macamana dia boleh begitu kaya hingga boleh memiliki gedung sebegitu besar. Bukan itu saja. Dia juga memiliki kelab pasukan bola Fulham. Saperti bekas perdana menteri Thailand Thaksin yang memiliki kelab bolasepak Manchester City. Sungguh kaya. Mancamana boleh jadi kaya di bumi orang putih. Bagiku jawabnya senang, "Man Jadda Wajad". Maksudnya siapa rajin dapat.

Aku yang berada di London ini buat apa?. Nak tahu. Di dalam kesibukan kota London aku berada di satu pusat mencuci kereta sedang bergelumang dengan air dan shampoo. Aku buat kerja part time. Baru masuk London dah kerja?. Itulah. Kalau kita rajin apapun boleh kita perolehi. Jalan sepanjang Egdware Road, aku tanya tanya kerja kosong. Sampai di pusat tersebut, aku cuba nasib. Tentu jawabnya tiada kerja. Tapi tak rugi bertanya. Taukehnya seorang arab juga. Tapi dari Sudan. Dia jawab pekerja sudah ramai. Aku akur. Tetapi aku tanya dia kembali. Bagaimana hari sabtu dan ahad tentu banyak kenderaan yangperlu di basuh. Dia nampak pandanganku agak logik. Maka dapatlah aku kerja pada hari sabtu dan ahad.

Dua hari kerja dapat90 pound, lebih kurang 600 RM. Banyak tu. Itu gaji dua hari, belum cerita tentang tips selpas kerja. Sebuah kerta masuk ke pusat cucian. Warna putih, kotor tetapi hebat, mahal. Aku sendiri tak tahu apa bangsa kereta. Tapi pendaftaran dari Dubai. Pemandu tidak keluar begitu juga rakannya. Aku dan seorang lagi rakan mencuci dengan sepenuh hati kerana kereta itu sedikit berminyak. Mungkin dari perjalanan jauh. Selesai cuci, pemandu keluar dan mengeluarkan 20 pound untk ak dan 20 pound lagi untuk rakanku. Itu adalah tip kerana kami kerja bagus. Nah, 20 pound untuk sedikit inisiatif.

sambungan akan muncul

Wednesday, August 20, 2008

ke laut menjadi pulau

Sekarang tibalah masanya aku menulis semuala tetapi sebelum itu beri sedikit masa buat aku menarik nafas panjang.

Monday, August 18, 2008

ku berdua dengan Pak Sudan yang berumur 60. Tapi masih sehat. Setelah habis di basuh, kereta di arahkan bergerak ke hadapan untuk dikering dan di lap. Ada enam pekerja untuk tugas itu. Pemandu keluar dia keluarkan dua helai duit pound berniai 20 pound setiap satu. Dia minta serahkan duit itu kepada dua tukang tembak air. Siaopa lagi kalau tidak aku dan Pak Sudan itu. Rahu berapa nilanya. Seorang RM 140. Banyak tu.


Itulah saperti yang aku kata. Rajin semua dapat. Mana permit kerja. Ta ada pun. Kalau boleh buat lagi. Ke laut jangan tenggelam. Dua hari aku bekerja, belum cerita bab duit tips terkumpul selepas kerja. Campur gaji dua hari aku dapat hampir 100 pound. Sekitar 600 RM. Bahasa pekerja dua. Inggeris dan arab. Kebanyakkan pekerja dari Sudan, Tunisia, Mesir Eritiria dan Bugaria. Aku tahu dua bahasa itu. Bahasa arab paling. Nak tahu macam boleh lancar, tunggu blog seterusnya.

Monday, August 11, 2008

Saya akan menulis lagi tidak lama lagi. Saya kini berada di London, Lautan paling dalam di dunia

Saturday, August 9, 2008

kelaut menjadi pulau

Terjun di bumi London samalah saperti terjun ke laut dalam. Bukan sebarangan kapal boleh belayar di lautan bergelombang besar itu. Tapi kecil yang ku padu berjaya juga melawan arus. Kapal kerdil ini menyahut cabaran ombak. Menyahut cabaran arus. Gelombang menggila. Adakal ribut datang tidak diundang. Sekali petir sbung menyabung. Aku redah gua. Lama kelamaan . Kapal kecilku stabil. Aku jatuhkan joranku. Umpannya basi tapi jerung yang makan.


London, tidak semua orang boleh masuk. Di Airport akan ditanya beberapa soalan. Jika gagal dijawab dengan baik. No London for you. Tekniknya mudah. Dapatkan imformasi dari Internet di mana hendak tinggal. Buat booking, walaupun hanya booking main-main. Sampai London pandai-pandailah bawa diri. Malaysia Hall boleh bantu. Non student bilik sharing 11 pound lebih saja. itupun kalau ada kosong. Booking must through internet.


Kalau taada cari. BB (Bed and Breakfast). 40 pound satu hari. Sewa satu hari, besok cari bilik sewa. Satu minggu 70 pound. Dapat bilik (biasanya ada kemudahan memasak) besoknya ronda cari kerja. Setakat ini dulu......