Semua orang tahu London. Bandar paling mahal. Tidak semua orang dapat menjejak kaki di bumi ini. Tapi ramai juga orang yang kaya raya di tanah British ini, terutama sekali orang Islam sendiri. Kalau di lihat di merta tempat di jalan-jalan dan di restoran-restoran, kelihatan ramai orang arab. Edgware Road jadi jalan orang arab. Hampir semua yang lalu-lalang adalah muka arab. Hotel dan apartment, dipenuhi oleh orang dia saja.
Harrods, salah sebuah gedung belibelah yang terbesar di tengah kota ini. Pengunjung terdiri dari berbagai-bagai bangsa tapi majoriti orang arab. Kita masuk cuma eye shopping, tapi mereka masuk tangan kosong apabila keluar, kiri kanan tangan dipenuhi barangan belian. 1000 pound macam seratus RM. Padahal kalau di kira pertukaran semasa, nilai 1000 itu adalh RM 6600. Banyak tu. Mereka keluarkan dengan selamba. Kita pakai kad kredit. Mereka tidak.
Tapi apa yang nak di cerita di sini adalah mengenai tuan punya Harrods itu. Orang arab juga. Muhammad Fayed namanya, ayah kepada Dodi Fayed yang meninggal dunia di dalam kemalangan kereta di Paris bersama Puteri Diana. Macamana dia boleh begitu kaya hingga boleh memiliki gedung sebegitu besar. Bukan itu saja. Dia juga memiliki kelab pasukan bola Fulham. Saperti bekas perdana menteri Thailand Thaksin yang memiliki kelab bolasepak Manchester City. Sungguh kaya. Mancamana boleh jadi kaya di bumi orang putih. Bagiku jawabnya senang, "Man Jadda Wajad". Maksudnya siapa rajin dapat.
Aku yang berada di London ini buat apa?. Nak tahu. Di dalam kesibukan kota London aku berada di satu pusat mencuci kereta sedang bergelumang dengan air dan shampoo. Aku buat kerja part time. Baru masuk London dah kerja?. Itulah. Kalau kita rajin apapun boleh kita perolehi. Jalan sepanjang Egdware Road, aku tanya tanya kerja kosong. Sampai di pusat tersebut, aku cuba nasib. Tentu jawabnya tiada kerja. Tapi tak rugi bertanya. Taukehnya seorang arab juga. Tapi dari Sudan. Dia jawab pekerja sudah ramai. Aku akur. Tetapi aku tanya dia kembali. Bagaimana hari sabtu dan ahad tentu banyak kenderaan yangperlu di basuh. Dia nampak pandanganku agak logik. Maka dapatlah aku kerja pada hari sabtu dan ahad.
Dua hari kerja dapat90 pound, lebih kurang 600 RM. Banyak tu. Itu gaji dua hari, belum cerita tentang tips selpas kerja. Sebuah kerta masuk ke pusat cucian. Warna putih, kotor tetapi hebat, mahal. Aku sendiri tak tahu apa bangsa kereta. Tapi pendaftaran dari Dubai. Pemandu tidak keluar begitu juga rakannya. Aku dan seorang lagi rakan mencuci dengan sepenuh hati kerana kereta itu sedikit berminyak. Mungkin dari perjalanan jauh. Selesai cuci, pemandu keluar dan mengeluarkan 20 pound untk ak dan 20 pound lagi untuk rakanku. Itu adalah tip kerana kami kerja bagus. Nah, 20 pound untuk sedikit inisiatif.
sambungan akan muncul
No comments:
Post a Comment