Tajuk 'Belanda dapat tanah' sebenar bermaksud seorang yang dapat peluang membina bangunan di kawasan orang lain membina ' soyok' atau binaan tambahan samada setelah meminta kebenaran ataupun di buat secara haram. Mula-mula dapat tapak kecil kemudian diperbesarkan lagi. Itu maksudnya. Kali ini aku ingin menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki India berasal dari Sri Lanka dapat memiliki 9 buah restoran kesemuanya di bandar Camden Town London. Mula-mula sebuah, kemudian sebuah lagi dan akhirnya mencapai sembilan buah.
Chris berasal dari Sri Lanka. Dia mengikuti kedua ibu bapanya berhijrah ke Malaysia. Setelah dewasa, Chris berusaha mendapatkan visa pelajar untuk ke United Kingdom. Setelah beberapa tahun tinggal di London, Chris mendapat pekerjaan sambilan di kedai menjual 'sandwich'. Oleh kerana dia rajin dan amanah, pengurus yang kebetulan tuan punyai kedai percaya kepadanya dan menyerahkan perniagaan tersebut seratus-peratus kepada Chris dengan syarat Chris membayar sebahagian keuntungan perniaagaan kepadanya. Chris mengambil alih kedai tersebut dan akhirnya dia berjaya menjadikan perniaagaan itu maju dan sangat menguntungkan.
Restoran sebelah kedai tidak berjalan baik. Perniagaan merosot dan tuan punya restoran tidak mampu lagi untuk meneruskannya. Chris menawarkan diri untuk mengambil alih perniagaan itu dan berjanji akan membayar sebahagian keuntungan kepada pemilik. Saperti kedai sandwich, restoren baru ini telah berjaya dipulihkan setelah Chris membuat beberapa ubahsuai. Keuntungan berlipat kali ganda kerana Chris berjaya membawa masuk golongan kaki minum ke dalam restorennya di mana Chris menyediakan hiburan yang terkini buat mereka.
Selepas berjaya menakluki dua buah kedai, Chris cuba merapati sebuah lagi restoren. Kali ini restoren menjual Pizza. Begitu juga caranya. Chris mengambil alih dengan menjanjikan sebahagian keuntungan buat pemilik kedai. Satu hal yang menarik, orang England lebih suka relaks dari membuat kerja-kerja renyah dan kelam kabut. Orang Malaysiapun sudah mula ada sifat itu. Habis kedai runcit diserahkan kepada pendatang Aceh, tuan kedai dapat sewa dan wang sekecil itu sudah memadai.
Akhirnya Chris berjaya menawan 9 buah kedai kesemuanya. Satu hal yang patut di ambil tahu dan patut di teladani iaitu, segala belian barangan dibuat sendiri oleh Chris. Dia tidak kekuk untuk ke pasar setiap hari untuk keperluan semua restorennya.
Untuk memudahkan pentabiran, Chris menggaji dua warga Britain untuk mengawal operasi restoren. Seorang bernama Steve, menjaga hal ehwal operasi keseluruhan dan Jason diamanahkan untuk mengawal semua dapur dan keperluannya.
Nah,,,,Itulah kisah ringkas seorang yang terjun kelaut semata-mata ingin menjadi pulau. Untuk pengetahuan semua, kedua ibu bapa Chris masih berada di Petaling Jaya, Malaysia. Aku dapat cerita ini sewaktu menjadi Chef di Zenzai Camden Town salah sebuah restoren milik Chris.
1 comment:
cerita hebat.....memang layak untuk berjaya kerana rain berusaha
Post a Comment