Bekerjalah aku dengan penuh semangat. Nicky tanya berapa gaji aku. Aku pula tanya berapa gaji Nicky. Dia berterus terang mengatakan gajinya 50 pound sehari. Gaji aku berapa?. Ini yang jadi tanya tanya. Aku ingin bertanya kepada Chris sebaik selesai temuduga tetapi rasa malu menguasai diri. Dia pula ingatkan aku supaya berhubung dengan Nicky jika ada masalah. Sekarang apabila aku menghadapi masalah Nicky tidak dapat menyelesaikannya. Dia tidak pasti berapa gaji aku. Katanya, Chris tidak beritahu apa-apa berkenaan gaji. Apa yang dia faham, Chris akan masukkan seorang lagi tukang masak buat membantu kerja dapur yang bertambah sibuk.
Untuk kepastian, Nicky arahkan aku bertanya pengurus dapur seorang berbangsa inggeris. Seorang lelaki inggeris masuk ke dalam dapur . Dia tersenyum ke arahku menandakan dia kenal akulah orangnya yang telah di ambil Chris . Kami bersalaman. Dia peramah orangnya. Aku tidak malu bertanya hal gaji. Dia secara spontan berkata, berapa Nicky dapat itulah nilai yang bakal aku terima. Gaji Nicky 50 pound, bermakna gaji aku juga 50 pund sehari. Aduh! banyak tu.
Bekerja bersama IMO aku dibayar 35 pound sehari. Kerja di bawah cahaya matahari bermandi percikan air. Di Zensai ini aku bekerja di dalam bangunan yang rapi. Walaupun cuaca di luar sangat sejuk kerana musim sejuk, di dapur agak selesa kerana api dari dapur sentiasa menyala.
Kini hatiku berasa sangat lega. Tidak disangka-sangka 50 pund menjadi habuan untuk bekerja selama lapan jam. Jika di hitung wang Malaysia yang sama nilai 50 pund, maka jadinya sekitar RM 280.
Fikirkan bersama. Seorang pemuda saperti aku sangat mudah melayari kehidupan di bumi asing yang memiliki segala macam cabaran. Jika aku boleh melakukan kenapa tidak pemuda lain. Itulah yang aku selalu sebut, ' jika ke laut biar jadi pulau'.
Sebelum aku cerita lebih lanjut , perlu juga aku beritahu bahawa lima hari sebelum masuk bekerja di Zensai ini, aku telah dipelawa oleh Sugen, seorang pemuda India Malaysia yang memiliki sebuah restoran di Reading . Dia mahu aku membantu masak untuk festival makanan Malaysia di Conwy Wales. Pelawaan itu aku terima dengan senang hati kerana kebetulan aku baru saja meninggalkan IMO. Lima hari aku bersama Sugen dan enam orang lagi pemuda.
Kami disediakan dua lot untuk mempamirkan makanan Malaysia. Sugen mengarahkan aku masak nasi goreng, mee goreng, mihun goreng dan beberapa lagi menu masakan cina Malaysia. Aku membantu seorang lagi Chef yang dibawa dari restoran Sugen di Reading. Kami sangat sefahaman dan tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya membuat satu kerja yang memperkenalkan Malaysia di mata orang-orang Inggeris Wales. Kebetulan, BBC membuat liputan dan mereka membuat liputan di gerai kepunyaan kami. Lensa kamera merayap dan aku dapati banyak 'shot' menghala ke arah aku yang sedang mengetuk kuali. 'Bangganya'.
Berbaju putih seragam Chef aku rasa tidak ubah saperti berada di dalam 'Hell Kitchen' (rancangan Ramsay) di dalam AFC kat Astro tu. Happy hingga ke akhir festival.
Teruskan membaca di halaman seterusnya tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment