Wednesday, June 9, 2010

Setelah berhempas pulas akhirnya Ke laut menjadi pulau menjadi kenyataan. Travelog 350 muka surat siap sepenuhnya. Aku mengambil masa hampir setahun melengkapkannya. Target menyiapkan travelog dalam masa enam bulan tidak kesampaian, apapun aku tetap berpuas hati kerana berjaya menyiapkannya.

Jika diizin Allah travelog ini akan menemui pembaca sebelum bulan ramadhan. Semua bergantung urusan penerbitan. Jika cepat siapnya maka cepatlah ia terbit, jika lambat, apa aku nak buat.

Sahabatku di Karangkraf berjanji menerbitkan keluaran sulung travelog ini. Mereka sedang menyemak dan menilai tulisan ini dan jika segalnya okey, terbitlah travelog kesayanganku ini.

Untuk info kepada bakal pembaca, 'Ke Laut menjadi pulau' merupakan kembara solo seorang pemuda berasal dari Sitiawan Perak. Bekas wartawan majalah 'Kisah Cinta' keluaran Amir Enterprise ini Munir Ramli mengambil keputusan mengikut jejak langkah beberapa individu merantau beberapa negara Eropah.

Langkah bermula ketika berumur 21 tahun. Negara asing menjadi singgahan pertama Thailand. Hajat hati mahu ke utara masuk negara Myanmar tetapi negara Myanmar tidak mengizinkan pengembara masuk melalui jalan darat. Myanmar hanya membuka laluan udara keluar dan masuk.

Aku terpaksa membuat U turn dari Thailand menghala kota Singa.

Getaran jiwa bermula dari Singapura dan berlangsung di Madras, New Delhi, Wilayah Punjab, Lahore, Rawalpindi dan Islamabad Pakistan. Turun menghala Karachi dan terbang ke Syria. Banyak pergolakkan berlaku di Syria dan Turki. Pahit getir, suka duka, cabaran mendebarkan dan bermacam-macam kerenah dunia berlaku di sana. Ketika di Turki aku hampir hilang nyawa.

Tanpa di duga, jasadku terpelanting di depan Kaabah. Ikuti kisah benar ini melalui nonel travelog 'Kelaut menjadi pulau'.

No comments: