Saturday, July 3, 2010

Menanti terus menanti

Panggilan dari Sri di kala aku sedang mengambil sarapan pagi membuahkan kegembiraan. Ke laut menjadi pulau sedang di edit dan katanya ia mengambil masa. Jika semuanya berjalan baik, buku itu akan menemui pembaca. Sri adalah salah seorang kakitangan di Kumpulan Karangkraft.

Aku tidak sabar menanti keluaran sulung tulisanku ini. Aku sangat berharap ia mendapat sambutan dan di baca setiap lapisan masyarakat Malaysia. Jika mendapat sambutan aku akan menulis episod kedua. Sekarang ini idea memang banyak dan bahan sedang dikumpul. Hasrat hati mahu mula menulis tetapi aku teruja menunggu keluaran episod pertama. Aku mahu lihat dahulu bahan yang aku taip di cetak di jadikan sebuah buku bersama muka hadapan yang menarik.

Di takdirkan ia terbit dan mendapat sambutan, aku berjanji kepada diriku akan menyiapkan episod kedua dalam masa tiga bulan. Aku berhasrat berhijrah ke Mesir menyiapkan episod tersebut. Mesir merupakan negara di mana watak utama ia itu aku, menjalani kehidupan penuh mencabar. Aku ingin mengambil semula suasana 30 tahun dahulu. Apakah perbezaan ketara keadaan di Mesir ketika ini ?.

Apapun yang bakal berlaku, aku hanya berserah kepada Allah yang akan menentukannya.

No comments: