Friday, October 30, 2009

Buka perniagaan tak semestinya dengan modal wang.

Aku bertugas sebagai budak pejabat. Masa lapang aku habiskan bersama Said di setor. Tugas Said adalah sebagai pengurus pengedaran majalah dan buku yang diterbitkan oleh syarikat kami. Aku bantu dia packing dan adakalanya mengikut dia ke beberapa tempat membuat penghantaran. Sambil hantar sambil buat kutipan. Payment lama mesti dikutip dan sekaligus mengumpul bahan bacaan yang tidak laku dijual. Banyak tempat dan banyak kedai buku yang aku lawati. Kebanyakkannya kedai dimiliki oleh golongan India muslim. Mereka ada yang jadi pengedar tunggal dan merupakan gergasi di bidang kedai buku. Malah ada yang menguasai daerah-daerah tertentu.

Sambil berehat Said meluahkan cadangan kepada aku. "Kenapa kau tak buka kedai buku?". Dia mengaju soalan kepadaku. Soalan yang aku anggap pelik. Aku seorang budak pejabat, disuruh buka kedai buku. Melihatkan bentuk kedai buku yang aku lawati memang 'impossible', lagipun apa rasionalnya aku membuka kedai buku. Jauh panggang dari api.

Said mengulangi soalan yang sama. Kenapa aku tidak buka kedai buku. Dia boleh membantu jika aku berminat. Soal modal tolak ketepi. Aku perlu jawab setuju saja kerana dia boleh uruskan semuanya. Cuma tugas aku mencari premis dan lokasi kedai sahaja. Aku jadi teruja. Perkataan Said nampak serius. Dia memberi aku keyakinan dan segala perkataan dan rancangannya nampak logik.

Setelah berfikir panjang aku ambil keputusan menyahut cabaran Said. Lantas aku mencari dan mendapatkan satu lokasi di Jalan Klang Lama. Di sisi sebuah warung nasi campur. Mak Cik yang memiliki warung tersebut sudi menyewakan ruang untuk aku membuka kedai majalah dan surat khabar bersais kecil.

"Ikut aku pergi collection." Ajak Said setelah aku bersedia dengan infrastruktur sebuah kedai kecil. Di mana saja kami singgah, Said akan meminta tuan kedai yang melanggani majalah keluaran syarikat kami menyiapkan buku-buku dan majalah-majalah terkini sekali dengan akhbar harian untuk dihantar ke lokasi yang kami sediakan. Taukeh kedai tidak banyak soal terus menyiapkan tempahan yang dibuat Said. Tidak lama kemudian aku dapati satu longgokan buku dan majalah di isi di dalam beberapa kotak untuk diserahkan kepada Said. Setelah urusan surat menyurat selesai, barangan tersebut dimuatkan kedalam van .

Bayangkan setelah berurusan dengan lima buah kedai, barangan yang berjaya dikumpul beretimbun-timbun. Setelah disusun terhasillah sebuah kedai buku kecil yang comel dan bersedia untuk menjalankan operasi. Pagi hari pertama perniagaan sebuah motor menghampiri lokasi kedai dengan membawa berbagai-bagai jenis akhbar harian. Bayangkan tanpa satu sen wang dikeluarkan, Said berjaya mengumpul barangan yang boleh memuatkan sebuah kedai kecil.
Rupanya sistem kedai buku, ambil dulu kemudian bayar. Boleh juga dibuat perjanjian bayaran 'bill to bill".

Maka jadilah aku seorang peniaga yang menjalankan operasi sebuah kedai buku tanpa mengeluarkan modal.

Tuesday, May 26, 2009

Lemas di lautan Perak

Sekembali aku ke tanahair dari perantaun selama lima bulan, aku dapati keadaan politik di Perak terumbang ambing. Aku perhatikan dua kumpulan bertarung. Satu kumpulan dinamakan Pakatan Rakyat dan yang satu Barisan Nasional. Isunya perlantikan Dr Zambri Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru menyingkirkan menteri besar yang memenangi piliharaya ke 12 tahun 2008 Dato Sri Nizar Jamaluddin.

Aku perhatikan cara perlantikan Dr Zambri seolah-olah satu rampasan kuasa. Tapi tiada siapa dapat mencegahnya melainkan perundangan. Atas dasar itu perlantikan di cabar oleh Dato Sri Nizar di makamah. Setelah mahkamah tinggi bersidang Dato Sri Nizar di dapati masih sah sebagi menteri besar Perak. Serentak dengan itu Dr Zamri membuat rayuan di mahkamah rayuan. Apabila kes itu di dengar di mahkamah rayuan, Dr Zamri pula di sahkan menteri besar.

Kes ini akan berlarutan ke mahkamah Persekutuan. Dato Sri Nizar akan membuat rayuan di sana. Entah bila kes itu hendak di sebut belum di ketahui. Tapi apa yang hendak aku sebut di sini ialah betapa tebalnya muka ahli politik. Tidak adakah rasa malu dan rasa serba salah apabila perlantikan itu di pertikai oleh terlalu ramai. Termasuk rakyat Malaysia amnya.

Semua orang tahu Pakatan Rakyat telah memenangi pilihanraya ke 12 di Perak. Majoriti 3 kerusi PR 31 dan BN 28.
Kemudian dua ADUN Pakatan rakyat hilang dan kemudia muncul dengan pengakuan memihak kepada BN. Adun Jelapang juga tumpang sekaki menjadi calon bebas meninggalkan parti DAP. Dengan kedudukan tiga Adun ini BN mendakwa mereka telah mempunyai majoriti. 28 di tambah 3 yang telah berubah menyokong mereka.

Baiklah, jika benar ada majoriti cuba perentah Perak. Memang mereka telah perentah Perak dan Dr Zambri dan Exco-exconya sedang menjalankan peranan mereka masing-masing. Puas hati ?.

Tapi ini bukan zaman dulu. Ini zaman ciber, In i zaman kritikal. Rakyat sudah bijak. Rakyat berpelajaran dan tahu perundangan. Rakyat yang ada moral. Sebab itu mereka relaks dan tidak kelam kabut. Mereka tidak melatah. Aku secara peribadi tidak melatah. Tidak perlu kecoh. Ada masanya barulah mereka perlu di ajar. Ada yang menunggu pilihanraya ke 13. Ada yang menunggu mahkamah rayuan persekutuan. Ada yang menunggu Perdana Menteri mengarahkan Dr Zambri membubarkan DUN Perak. Ada yang meramalkan macam-macam.

Tapi percayalah masa akan tiba di mana rakyat akan mengubah situasi ini. Bila dan bagaimana ?. Jawapannya 'Tunggu, OK.



Thursday, April 30, 2009

Jika siapa terbaca ayat ini maaf kerana aku sedang menjalankan ujian printer dengan cuba membesarkan tulisan untuk memudahkan pembaca

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Terlintas di hati untuk menulis. Tergerak di hati untuk berbuat sesuatu.Lantas mulai saat ini aku akan memulakan langkah. Bergerak mencorak satu lakaran melalui tulisan segala kisah yang aku lalui selama ini untuk tatapan umum. Kisah yang aku kira amat luar biasa dan tidak semua manusia dapat peluang melayarinya. Semuga apa yang aku paparkan akan menjadi satu bahan fikiran dan mungkin bahan untuk membakar semangat untuk terus mengharungi kehidupan di dunia ini dengan lebih bermakna lagi.

Tuesday, March 17, 2009

Murah di sini mahal di sana

Dalam perjalanan ke Madras India menaiki kapal Chidambaran, aku duduk di kelas Bunk. Itu kelas ekonomi. Ada katil dua tingkat. Makan kena beratur. Selimut bawa sendiri. Tapi semua itu aku nikmati dengan penuh kegembiraan. Segalanya baru dan segalanya asing bagi ku. Taada muka melayu. Semua wajah keturunan India. Bahasapun mereka guna bahawasa tamil. Kalau adapun India dari Malaysia, di atas kapal ini mereka buat buat tidak pandai bahasa Malaysia. Entah kenapa aku pun tak tahu. Tapi aku dapat agak. Di sana ada perasaan bangga kepada negara India. Nama kapal di tulis dengan bahasa itu dan hala tujupun menghala ke kelompok itu.
Tapi taapa. Asalkan mereka itu tidak menyindir dan tidak menganggu aku itu pun sudah satu perkara yang aku sangat syukuri. Hairan, kenapa semua orang pakai jam tangan Citizen?. Warna keemasan. Ada yang pakai sampai tiga. Kiri dan kanan tangan. Pelik. Kalau nak melawa pakai satu pun sudah mencukupi. Aku cuba selidik. Tanya punya tanya hasil nya. Rupanyanya, semua jam tangan itu untuk di jual. Harganya tinggi. Di India kalau seseorang itu memakai jam warna keemasan berjenama Citizen di kira hebat. Habis kenapa pakai sampai tiga pasang. Mereka kata jam tangan kalau di simpan di dalam beg, nanti akan di kenakan cukai, Selagi ia tersimpan di pergelangan tangan, tiada cukai di kenakan. Itu lah sebabnya. Ketawa aku di buatnya.
Maknanya sesuatu barang yang di kira murah di suatu negara boleh jadi mahal di negara yang lain. Apa lagi yang menguntungkan. Johny Walker. Itu jenama arak. Tapi jenama itu sangat di gemari oleh penggemar minuman keras di Madras. Seorang kenalan berbangsa Sikh yang berlajar di Chandigar Punjab, membawa dua botol minuman ini. Katanya, sebotol arak tersebut jika dapat di jual boleh menampung dua malam penginapan bilik hotel di Madras. Apa lagi. Sebenarnya banyak lagi barang yang boleh di jual dan menguntungkan. Di sempadan India Pakistan, sireh menjadi bahan seludup. Bermakna daun sireh yang kita buat hantaran pertunangan itu menjadi bahan kegemaran orang-orang di sana hingga menjadikan ia bahan untuk diseludup. Jika kita masuk melalui jalan ini,kita boleh mendapatkan sedikit keuntungan dengan membawa sedikit daun sireh untuk di jual di seberang sana. Itulah norma hidup di sempadan. Di dalam kapal ibarat hidup di sempadan.
Di Turkey mithalnya, kita boleh dapat keuntungan dengan menjual seluar jeans yang kita pakai. Tanggalkan saja dan jual pasti ada kaki seluar jeans akan membeli, tapi kenalah stanby seluar lain. Kisah di Turkey akan dipaparkan nanti Insyaallah.

Saturday, February 7, 2009

Langkah permulaan kelilingi dunia

Rezeki ada di mana mana. Tapi tidak mudah masuk ke mulut. Kekadang suapan makanan hampir ke mulut boleh jatuh ke tanah. Padahal terlalu hampir untuk masuk kedalam usus perut. Itu lah rezekei. Allah kata ada, maka adalah ia. Jika Allah kata payah rezeki maka payah lah ia.
Bagi aku. Sikap sambil lewa untuk mencari rezeki amat di kesali. Usaha sedikit, harapan menggunung, manakan boleh. Tapi jika kuat usaha, secara logiknya maka rezeki akan melimpah. Oleh itu. Sebelum tawakal usaha dahulu. Setelah berusaha serahkan kepada Allah untuk ketentuan. Dia (Allah) saja penentu.

Ketika aku di Johor Bharu 30 tahun lalu, kerja yang pernah aku buat adalah menjadi peniaga. Kali ini misi aku bukan untuk berniaga, tapi mahu mencari kerja untuk menambah bekalan perjalanan mengelilingi dunia. Kerja yang paling mudah adalah menjadi buruh. Lantas aku mencari tapak pembinaan. Di sana mungkin ada kerja yang boleh aku perolehi. Memang tepat. Kurang dua jam aku berjaya memikat seorang sub kontraktor konkrit. Dia terima aku sebagai pekerjanya. Gaji satu hari 16 ringgint (ketika itu belum dipanggil RM). Waktu itu jumlah tersebut adalah lumayan bagi seorang buruh sapertiku. Apa tidaknya,.Nasi bungkus lauk ayam harganya hanya 1-50 sen. Air sirap 30 sen. Satu hari aku dapat kumpul 10 ringgit.

Bagai nak patah pinggang. Tidak pernah aku mengangkat simen seberat 50 kilo, tapi kali ini aku terpaksa lakukan demi tugas. Waktu tamat kerja jam 5 petang aku dapati simen yang telah aku angkat adalah sebanyak 50 kampit. Itu adalah rekod bagiku. Tapi ianya dapat aku lakukan dengan menggunakan semangat kental. Pantang tewas. Biar badan sakit asalkan berjaya dan berhasil.

Dua bulan kemudian taukeh membawa aku dan beberapa pekerja lain kebanyakkannya anak-anak muda dari pantai timur ke kota Singa. Di sana gaji meningkat sebanyak 3 ringgit menjadi 19 ringgit satu hari. Begitu juga keadaannya saperti di Johor Bharu, kami kumpulan yang kerjanya asyik mencurah simen konkrit ke dalam acuan-acuan tiang atau acuan slab. Kadang-kadang meratakan lantai.

Aku simpan sedikit demi sedikit wang gajiku. Makan berjimat, masak sendiri. Sekali masak dua kali makan. Satu hari dapat kumpul 13 ringgit. Hasil wang kumpul ini aku nekat membeli sehelai tiket kapal laut penumpang yang ulang alik dari Madras India ke Singapura.

Taukeh sedih kehilangan ku. Pekerja yang baik dan berdedikasi (maaf puji diri), tapi demi misi dan cita-cita aku melayari satu perjalanan merempuh gelombang menuju ke lautan Hindi. Alangkah asing dan peliknya suasana. Pengalaman pertama menaiki kapal sebegitu besar yang membawa ribuan penumpang (nama kapal - Chidabaram). Mengalir air mata, melihat deruan air di pukul kipas. Pelabuhan Singapura ku tinggalkan dan mustahil di saat itu untuk aku berpatah balik. Ayuh ke depan, maju dan jangan di renung ke belakang.

Tuesday, February 3, 2009

Sedikit masa lagi tulisanku akan bersambung

Tuesday, January 20, 2009

Indah khabar dari rupa

Memang hebat bunyinya. Terkenal, boleh bebas berjumpa vip. Dapat keistimewaan di majlis-majlis eksklusif. Tapi hebat dan glamour di kulit saja. Isinya kosong. Kantong kosong, poket kosong. Makan gaji. Dapat gaji, tolak sana, tolak sini, baki hanya 50 RM. Nak buat apa dengan wang sebanyak itu. Itulah kerja pemberita. Terlari sana, terlari sini. Fokas sana, fokas sini. Tapi bak kata orang putih.' At the end of the day' habukpun taada.
Aku hidup dalam dunia ini sekitar tahun tujuh puluhan. Naik dari menjawat jawatan sebagai seorang budak pejabat menjadi seorang pemberita. Gaji ta seberapa, tapi kerja cukup berisiko. Balik ke rumah lewat malam. Kadang-kadang berada di tempat yang agak sensitif. Silap lapor, bahana akibatnya. Silap nilai kena saman jawapannya. Tapi aku lakukan kerja dengan sepenuh hati dan penuh minat. Tak kira siang dan malam. Tak kira panas terik, hujan atau ribut, aku redah. Semua itu untuk dapatkan secebis berita yang belum tentu dapat di muatkan di dalam kolum akhbar syarikat di mana aku bernaung. Walaupun berita itu menarik tetapi oleh kerana ada unsur-unsur keselamatan, maka berita itu tidak dapat di siarkan. Adakalanya berita itu merupakan gosip terbaru. Belum ada lagi pemberita lain yang menulis tentangnya, maka berita itu juga harus di pertimbangkan dahulu oleh editor kolum. Merujuk pula kepada pengarang kumpulan. Jika lulus, baru di siarkan, gempar satu dunia. Aku pernah tulis satu artikel tenta ng kisah cinta tersembunyi oleh seorang artis wanita terhadap seorang artis lelaki popular tahun tujuh pulahan. Tidak perlu aku sebut namanya. Apabila tersiar berita itu, kecoh satu Malaysia. Aku lari-larikan diri. Bukan takut, tapi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Aku bukan buat fitnah, Aku bukan tulis suka-suka. Tapi semua itu realiti yang aku dapat berita itu dari tuan badan sendiri. Entah apa mimpinya dia boleh meluahkan perasaannya terhadap artis lelaki tersebut di hadapanku. Dia tahu aku pemberita. Dia tahu, mungkin cerita itu akan tersebar. Tapi dia tetap mahu cerita kepada ku. Apa lagi, laju jari ku menaip sebaik dapat keseluruhan cerita. Apabila tersiar berita cinta tersebut karier artis tersebut menurun dan akhirnya menjadi kenangan. Bahaya hidupku ini. Demi sedikit habuan, nasib seorang terjejas teruk. Ini tidak boleh jadi. Aku mesti mengubah haluan kapalku.
Lautan hidup seorang pemberita memang dalam. Ombak mengaanas, tapi lautan itu tidak mempunyai banyak khazanah. Ikan besar terlalu sedikit. Rezekipun amat terhad. Cuma menang sorak saja. Aku tidak boleh lama di bidang ini. Aku mesti mengharungi lautan yang lebih menguntungkan.
Kapal ku berlayar terus.
Berlabuh sebentar di pelabuhan bisnes.

Friday, January 9, 2009

Sebelum bertugas sebagai tukang masak di London aku memang sudah bersedia dengan ilmu masak. Sejak umurku 18 aku sudah boleh memasak. Bukan berlajar tengok- tengok, tapi memang secara formal. Aku menyertai kursus CHRS dari Intitut Teknoloji Mara Shah Alam sekarang ini UITM. Walaupun kursus pendek tapi cukup berkesan dan sangat berfaedah. Dari sini lah eposod hidup sebagai tukang masak bermula. Tapi ilmu ini tidak aku ketarakan . Aku lebih suka merahsiakan ilmu ini. Oleh sebab itu aku terus menimba pengalaman di bidang yang lain.
Lautan hidupku bergelora apabila pertama kali menjadi seorang pemberita majalah. Anih sungguh. Boleh terjebak di dalam karier seorang pemberita tanpa sebarang ilmu pemberitaan mahupun ilmu media. Bagaimana boleh jadi pemberita. Panjang ceritanya. Tapi segalanya bermula dari jawatan sebagai seorang pembantu pejabat, ketika itu lebih popular dengan sebutan peon. Itu hanya batu loncatan. Strategi untuk capai kedudukan lebih tinggi. Tidak siapa akn percaya dan tiada siapa akan menerima jika kita memohon untuk jadi pemberita jika kelulusan sangat minima tanpa sebarang pengalaman. Oleh itu berpaut dulu di dahan yang rapuh. Jika nampak ianya akan patah lompat ke dahan yang lain. Pasti ada dahan yang kukuh boleh di jadikan tempat berpaut. Seorang budak pejabat akan bebas berkeliaran di seluruh pejabat. Kerja membersih pejabat pegawai dan menyusun barangan yang bertaburan sewaktu kerja di jalankan. Dari situ aku mengenali ramai wartawan yang kanan, mauupun wartawan artikel. Baik dengan boss. Bagi komitmen, jujur, kuat kerja, jangan ponteng, pro aktif, nescaya cerah masa depan. Bersambung....

Thursday, January 1, 2009