Tuesday, January 20, 2009

Indah khabar dari rupa

Memang hebat bunyinya. Terkenal, boleh bebas berjumpa vip. Dapat keistimewaan di majlis-majlis eksklusif. Tapi hebat dan glamour di kulit saja. Isinya kosong. Kantong kosong, poket kosong. Makan gaji. Dapat gaji, tolak sana, tolak sini, baki hanya 50 RM. Nak buat apa dengan wang sebanyak itu. Itulah kerja pemberita. Terlari sana, terlari sini. Fokas sana, fokas sini. Tapi bak kata orang putih.' At the end of the day' habukpun taada.
Aku hidup dalam dunia ini sekitar tahun tujuh puluhan. Naik dari menjawat jawatan sebagai seorang budak pejabat menjadi seorang pemberita. Gaji ta seberapa, tapi kerja cukup berisiko. Balik ke rumah lewat malam. Kadang-kadang berada di tempat yang agak sensitif. Silap lapor, bahana akibatnya. Silap nilai kena saman jawapannya. Tapi aku lakukan kerja dengan sepenuh hati dan penuh minat. Tak kira siang dan malam. Tak kira panas terik, hujan atau ribut, aku redah. Semua itu untuk dapatkan secebis berita yang belum tentu dapat di muatkan di dalam kolum akhbar syarikat di mana aku bernaung. Walaupun berita itu menarik tetapi oleh kerana ada unsur-unsur keselamatan, maka berita itu tidak dapat di siarkan. Adakalanya berita itu merupakan gosip terbaru. Belum ada lagi pemberita lain yang menulis tentangnya, maka berita itu juga harus di pertimbangkan dahulu oleh editor kolum. Merujuk pula kepada pengarang kumpulan. Jika lulus, baru di siarkan, gempar satu dunia. Aku pernah tulis satu artikel tenta ng kisah cinta tersembunyi oleh seorang artis wanita terhadap seorang artis lelaki popular tahun tujuh pulahan. Tidak perlu aku sebut namanya. Apabila tersiar berita itu, kecoh satu Malaysia. Aku lari-larikan diri. Bukan takut, tapi tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Aku bukan buat fitnah, Aku bukan tulis suka-suka. Tapi semua itu realiti yang aku dapat berita itu dari tuan badan sendiri. Entah apa mimpinya dia boleh meluahkan perasaannya terhadap artis lelaki tersebut di hadapanku. Dia tahu aku pemberita. Dia tahu, mungkin cerita itu akan tersebar. Tapi dia tetap mahu cerita kepada ku. Apa lagi, laju jari ku menaip sebaik dapat keseluruhan cerita. Apabila tersiar berita cinta tersebut karier artis tersebut menurun dan akhirnya menjadi kenangan. Bahaya hidupku ini. Demi sedikit habuan, nasib seorang terjejas teruk. Ini tidak boleh jadi. Aku mesti mengubah haluan kapalku.
Lautan hidup seorang pemberita memang dalam. Ombak mengaanas, tapi lautan itu tidak mempunyai banyak khazanah. Ikan besar terlalu sedikit. Rezekipun amat terhad. Cuma menang sorak saja. Aku tidak boleh lama di bidang ini. Aku mesti mengharungi lautan yang lebih menguntungkan.
Kapal ku berlayar terus.
Berlabuh sebentar di pelabuhan bisnes.

Friday, January 9, 2009

Sebelum bertugas sebagai tukang masak di London aku memang sudah bersedia dengan ilmu masak. Sejak umurku 18 aku sudah boleh memasak. Bukan berlajar tengok- tengok, tapi memang secara formal. Aku menyertai kursus CHRS dari Intitut Teknoloji Mara Shah Alam sekarang ini UITM. Walaupun kursus pendek tapi cukup berkesan dan sangat berfaedah. Dari sini lah eposod hidup sebagai tukang masak bermula. Tapi ilmu ini tidak aku ketarakan . Aku lebih suka merahsiakan ilmu ini. Oleh sebab itu aku terus menimba pengalaman di bidang yang lain.
Lautan hidupku bergelora apabila pertama kali menjadi seorang pemberita majalah. Anih sungguh. Boleh terjebak di dalam karier seorang pemberita tanpa sebarang ilmu pemberitaan mahupun ilmu media. Bagaimana boleh jadi pemberita. Panjang ceritanya. Tapi segalanya bermula dari jawatan sebagai seorang pembantu pejabat, ketika itu lebih popular dengan sebutan peon. Itu hanya batu loncatan. Strategi untuk capai kedudukan lebih tinggi. Tidak siapa akn percaya dan tiada siapa akan menerima jika kita memohon untuk jadi pemberita jika kelulusan sangat minima tanpa sebarang pengalaman. Oleh itu berpaut dulu di dahan yang rapuh. Jika nampak ianya akan patah lompat ke dahan yang lain. Pasti ada dahan yang kukuh boleh di jadikan tempat berpaut. Seorang budak pejabat akan bebas berkeliaran di seluruh pejabat. Kerja membersih pejabat pegawai dan menyusun barangan yang bertaburan sewaktu kerja di jalankan. Dari situ aku mengenali ramai wartawan yang kanan, mauupun wartawan artikel. Baik dengan boss. Bagi komitmen, jujur, kuat kerja, jangan ponteng, pro aktif, nescaya cerah masa depan. Bersambung....

Thursday, January 1, 2009

Saturday, December 27, 2008

London menghidangkan cabaran dan ribut yang beterusan.

Menjadi kelassi hanyut jika kemudi kapal di pukul ombak. Tidak dapat dikawal. Terbalik dan hancur. Muatan bertaburan dan anak kapal tak tahu ke mana perginya.

Hidup di London mencabar iman. Jika lemah akanlah hancurlah badan. Setiap detik di hambat cabaran. Susah dan payah. Semua datang mendatang. Tak pernah mahu undur. Ibarat badai menhempas pantai. Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitulah hidup di Kota metropolitan ini. 50 pound seminggu, bunyinya sedikit. Tetapi jika di tukar menjadi ringgit jadi banyak. Satu bulan jadi 200. Bermakna satu bulan 1000 lebih. Itu nilai sewaan se buah bilik kecil yang di panggil "box room". Tapi bagi orang London 50 is 'nothing'.

Walaupun 1000 sewa sebulan, aku dapat 250 ringgit satu hari. Sebulan 7500. Banyak tu. Tapi sikit bagi orang London. Tapi aku bukan orang London, aku orang Malaysia cuma tinggal sementara di London. Jadi aku kira 7500 itu lumayan. Apa kerjanya yang boleh dapat gaji sedemikian. Dulu aku cakap, aku kerja basuh kereta. Tapi kali ini kerja apa pula?.

Cook, tukang masak macam Chef Wan. Tapi aku kat London Chef Wan kat Malaysia. Kalau orang yang peka akan terasa pelik. Macamana dari seorang tukang basuh kereta boleh jadi chef kat London. Saperti yang pernah aku kata kalau rajin semua boleh jadi. Di London jika kita berani dan rajin rezeki murah. Rupanya di London banyak tumbuh restoren masakan ala Pan Asian. Maksudnya yang ada kaitan dengan makanan negara tenggara asia dan Vietnam, Jepun.

Bila aku terlihat satu iklan di 'gum tree' mahukan seorang tukang masak Malaysia, terus aku masuk email nya. Dia balas dan panggil temuduga. Sampai di restoren Solo di Camden Town, taukehnya seorang India Sri Lanka minta aku buatkannya ' mee goring mamak'. Bukan susah nak masak mee goring mamak. Setelah masak dia makan dan jumpa aku kat dapau. Hati berdebar tapi dia terus salam tangan ku dan katanya" You got the job. When I ate your mee goring mamak, I feel like I,m ini PJ. " Hah !! PJ. Itu Petaling Jaya. Rupanya this guy dari Malaysia, asal Sri LAnka. Dia cakap melayu dengan aku. Ibu bapanya masih ka Petaling Jaya.

Selidik punya selidik di kawasan itu ada 9 restoren miliknya. Aku di letakkan di restoren yang bernama Zensai. Gaji yang aku perolehi ketika bekerja dengan pusat basuh kereta sebanyak 30 pound satu hari. Jadi aku dapat bayangkan mungkin kerja di restoren lebih sikit, mungkin satu hari gajinya 35 atau paling tinggi 40. Tapi tuhan saja tahu betapa gembiranya aku apabila pengurus restoren mengatakan bahawa gaji aku adalah sebanyak 50 satu hari. Maka aku menjadi pulau di lautan Zensai. Cukup dulu nanti aku sambung.

Friday, September 12, 2008

Setelah beberapa lama di London. Hampir sebulan. Dari seorang pelancung jadi seorang pekerja. Di tengah kota London. Sibuk. Aku masih punya tanggungjawab. Mencuci kereta. Gaji RM 200 sehari. Cukupkah itu. Kalau di Malaysia, gaji sebegitu di kira lumayan. Tapi bagi di London. Nothing. Kos perbelanjaan tinggi. Makan minum mahal. Harga barang melambung. Tapi bagi orang yang punyai akal yang tinggi. Langkah yang panjang. Wang sebanyak itu boleh di simpan. Cara hidup murah boleh dilaksanakan.

Pergi pasar Whitechapel, kalau 2 pound macam-macam boleh beli. Masak sendiri barulah dapat berjimat. Pergi pasaraya LIDL. Air mineral 2 liter 17 pence, sekitar RM 1-10 . Jadi ada tempat yang murah dan mungkin lebih murah dari barang-barang di Malaysia. Jangan hanya terperap di Central LOndon. Berjalan-jalanlah. Tinjau sana, tinjau sini pasti akan jumpa tempat jualan murah. Beli tiket Ouster, 13 pound boleh guna 7 hari menaiki bas seluruh bandar London. Nak jadikan tempat tidurpun boleh. Naik bas dan tidur. Sampai di penghujung destinasi turun dan naik balik bas yang sama. Sampai semula di tempat asal kita menaikinya.

Sekarang aku tidak lagi kerja hujung minggu sabtu dan ahad. Setelah melihat satu iklan di sebuah kedai, aku terlihat satu iklan . Iklan apa? Nanti aku ceritakan di tulisan yang sterusnya nanti

Thursday, August 21, 2008

Nantilah, aku masih belum ada masa menulis

London Lautan paling dalam.

Semua orang tahu London. Bandar paling mahal. Tidak semua orang dapat menjejak kaki di bumi ini. Tapi ramai juga orang yang kaya raya di tanah British ini, terutama sekali orang Islam sendiri. Kalau di lihat di merta tempat di jalan-jalan dan di restoran-restoran, kelihatan ramai orang arab. Edgware Road jadi jalan orang arab. Hampir semua yang lalu-lalang adalah muka arab. Hotel dan apartment, dipenuhi oleh orang dia saja.

Harrods, salah sebuah gedung belibelah yang terbesar di tengah kota ini. Pengunjung terdiri dari berbagai-bagai bangsa tapi majoriti orang arab. Kita masuk cuma eye shopping, tapi mereka masuk tangan kosong apabila keluar, kiri kanan tangan dipenuhi barangan belian. 1000 pound macam seratus RM. Padahal kalau di kira pertukaran semasa, nilai 1000 itu adalh RM 6600. Banyak tu. Mereka keluarkan dengan selamba. Kita pakai kad kredit. Mereka tidak.

Tapi apa yang nak di cerita di sini adalah mengenai tuan punya Harrods itu. Orang arab juga. Muhammad Fayed namanya, ayah kepada Dodi Fayed yang meninggal dunia di dalam kemalangan kereta di Paris bersama Puteri Diana. Macamana dia boleh begitu kaya hingga boleh memiliki gedung sebegitu besar. Bukan itu saja. Dia juga memiliki kelab pasukan bola Fulham. Saperti bekas perdana menteri Thailand Thaksin yang memiliki kelab bolasepak Manchester City. Sungguh kaya. Mancamana boleh jadi kaya di bumi orang putih. Bagiku jawabnya senang, "Man Jadda Wajad". Maksudnya siapa rajin dapat.

Aku yang berada di London ini buat apa?. Nak tahu. Di dalam kesibukan kota London aku berada di satu pusat mencuci kereta sedang bergelumang dengan air dan shampoo. Aku buat kerja part time. Baru masuk London dah kerja?. Itulah. Kalau kita rajin apapun boleh kita perolehi. Jalan sepanjang Egdware Road, aku tanya tanya kerja kosong. Sampai di pusat tersebut, aku cuba nasib. Tentu jawabnya tiada kerja. Tapi tak rugi bertanya. Taukehnya seorang arab juga. Tapi dari Sudan. Dia jawab pekerja sudah ramai. Aku akur. Tetapi aku tanya dia kembali. Bagaimana hari sabtu dan ahad tentu banyak kenderaan yangperlu di basuh. Dia nampak pandanganku agak logik. Maka dapatlah aku kerja pada hari sabtu dan ahad.

Dua hari kerja dapat90 pound, lebih kurang 600 RM. Banyak tu. Itu gaji dua hari, belum cerita tentang tips selpas kerja. Sebuah kerta masuk ke pusat cucian. Warna putih, kotor tetapi hebat, mahal. Aku sendiri tak tahu apa bangsa kereta. Tapi pendaftaran dari Dubai. Pemandu tidak keluar begitu juga rakannya. Aku dan seorang lagi rakan mencuci dengan sepenuh hati kerana kereta itu sedikit berminyak. Mungkin dari perjalanan jauh. Selesai cuci, pemandu keluar dan mengeluarkan 20 pound untk ak dan 20 pound lagi untuk rakanku. Itu adalah tip kerana kami kerja bagus. Nah, 20 pound untuk sedikit inisiatif.

sambungan akan muncul