Menjadi kelassi hanyut jika kemudi kapal di pukul ombak. Tidak dapat dikawal. Terbalik dan hancur. Muatan bertaburan dan anak kapal tak tahu ke mana perginya.
Hidup di London mencabar iman. Jika lemah akanlah hancurlah badan. Setiap detik di hambat cabaran. Susah dan payah. Semua datang mendatang. Tak pernah mahu undur. Ibarat badai menhempas pantai. Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitulah hidup di Kota metropolitan ini. 50 pound seminggu, bunyinya sedikit. Tetapi jika di tukar menjadi ringgit jadi banyak. Satu bulan jadi 200. Bermakna satu bulan 1000 lebih. Itu nilai sewaan se buah bilik kecil yang di panggil "box room". Tapi bagi orang London 50 is 'nothing'.
Walaupun 1000 sewa sebulan, aku dapat 250 ringgit satu hari. Sebulan 7500. Banyak tu. Tapi sikit bagi orang London. Tapi aku bukan orang London, aku orang Malaysia cuma tinggal sementara di London. Jadi aku kira 7500 itu lumayan. Apa kerjanya yang boleh dapat gaji sedemikian. Dulu aku cakap, aku kerja basuh kereta. Tapi kali ini kerja apa pula?.
Cook, tukang masak macam Chef Wan. Tapi aku kat London Chef Wan kat Malaysia. Kalau orang yang peka akan terasa pelik. Macamana dari seorang tukang basuh kereta boleh jadi chef kat London. Saperti yang pernah aku kata kalau rajin semua boleh jadi. Di London jika kita berani dan rajin rezeki murah. Rupanya di London banyak tumbuh restoren masakan ala Pan Asian. Maksudnya yang ada kaitan dengan makanan negara tenggara asia dan Vietnam, Jepun.
Bila aku terlihat satu iklan di 'gum tree' mahukan seorang tukang masak Malaysia, terus aku masuk email nya. Dia balas dan panggil temuduga. Sampai di restoren Solo di Camden Town, taukehnya seorang India Sri Lanka minta aku buatkannya ' mee goring mamak'. Bukan susah nak masak mee goring mamak. Setelah masak dia makan dan jumpa aku kat dapau. Hati berdebar tapi dia terus salam tangan ku dan katanya" You got the job. When I ate your mee goring mamak, I feel like I,m ini PJ. " Hah !! PJ. Itu Petaling Jaya. Rupanya this guy dari Malaysia, asal Sri LAnka. Dia cakap melayu dengan aku. Ibu bapanya masih ka Petaling Jaya.
Selidik punya selidik di kawasan itu ada 9 restoren miliknya. Aku di letakkan di restoren yang bernama Zensai. Gaji yang aku perolehi ketika bekerja dengan pusat basuh kereta sebanyak 30 pound satu hari. Jadi aku dapat bayangkan mungkin kerja di restoren lebih sikit, mungkin satu hari gajinya 35 atau paling tinggi 40. Tapi tuhan saja tahu betapa gembiranya aku apabila pengurus restoren mengatakan bahawa gaji aku adalah sebanyak 50 satu hari. Maka aku menjadi pulau di lautan Zensai. Cukup dulu nanti aku sambung.
Saturday, December 27, 2008
Friday, September 12, 2008
Setelah beberapa lama di London. Hampir sebulan. Dari seorang pelancung jadi seorang pekerja. Di tengah kota London. Sibuk. Aku masih punya tanggungjawab. Mencuci kereta. Gaji RM 200 sehari. Cukupkah itu. Kalau di Malaysia, gaji sebegitu di kira lumayan. Tapi bagi di London. Nothing. Kos perbelanjaan tinggi. Makan minum mahal. Harga barang melambung. Tapi bagi orang yang punyai akal yang tinggi. Langkah yang panjang. Wang sebanyak itu boleh di simpan. Cara hidup murah boleh dilaksanakan.
Pergi pasar Whitechapel, kalau 2 pound macam-macam boleh beli. Masak sendiri barulah dapat berjimat. Pergi pasaraya LIDL. Air mineral 2 liter 17 pence, sekitar RM 1-10 . Jadi ada tempat yang murah dan mungkin lebih murah dari barang-barang di Malaysia. Jangan hanya terperap di Central LOndon. Berjalan-jalanlah. Tinjau sana, tinjau sini pasti akan jumpa tempat jualan murah. Beli tiket Ouster, 13 pound boleh guna 7 hari menaiki bas seluruh bandar London. Nak jadikan tempat tidurpun boleh. Naik bas dan tidur. Sampai di penghujung destinasi turun dan naik balik bas yang sama. Sampai semula di tempat asal kita menaikinya.
Sekarang aku tidak lagi kerja hujung minggu sabtu dan ahad. Setelah melihat satu iklan di sebuah kedai, aku terlihat satu iklan . Iklan apa? Nanti aku ceritakan di tulisan yang sterusnya nanti

Thursday, August 21, 2008
London Lautan paling dalam.
Semua orang tahu London. Bandar paling mahal. Tidak semua orang dapat menjejak kaki di bumi ini. Tapi ramai juga orang yang kaya raya di tanah British ini, terutama sekali orang Islam sendiri. Kalau di lihat di merta tempat di jalan-jalan dan di restoran-restoran, kelihatan ramai orang arab. Edgware Road jadi jalan orang arab. Hampir semua yang lalu-lalang adalah muka arab. Hotel dan apartment, dipenuhi oleh orang dia saja.
Harrods, salah sebuah gedung belibelah yang terbesar di tengah kota ini. Pengunjung terdiri dari berbagai-bagai bangsa tapi majoriti orang arab. Kita masuk cuma eye shopping, tapi mereka masuk tangan kosong apabila keluar, kiri kanan tangan dipenuhi barangan belian. 1000 pound macam seratus RM. Padahal kalau di kira pertukaran semasa, nilai 1000 itu adalh RM 6600. Banyak tu. Mereka keluarkan dengan selamba. Kita pakai kad kredit. Mereka tidak.
Tapi apa yang nak di cerita di sini adalah mengenai tuan punya Harrods itu. Orang arab juga. Muhammad Fayed namanya, ayah kepada Dodi Fayed yang meninggal dunia di dalam kemalangan kereta di Paris bersama Puteri Diana. Macamana dia boleh begitu kaya hingga boleh memiliki gedung sebegitu besar. Bukan itu saja. Dia juga memiliki kelab pasukan bola Fulham. Saperti bekas perdana menteri Thailand Thaksin yang memiliki kelab bolasepak Manchester City. Sungguh kaya. Mancamana boleh jadi kaya di bumi orang putih. Bagiku jawabnya senang, "Man Jadda Wajad". Maksudnya siapa rajin dapat.
Aku yang berada di London ini buat apa?. Nak tahu. Di dalam kesibukan kota London aku berada di satu pusat mencuci kereta sedang bergelumang dengan air dan shampoo. Aku buat kerja part time. Baru masuk London dah kerja?. Itulah. Kalau kita rajin apapun boleh kita perolehi. Jalan sepanjang Egdware Road, aku tanya tanya kerja kosong. Sampai di pusat tersebut, aku cuba nasib. Tentu jawabnya tiada kerja. Tapi tak rugi bertanya. Taukehnya seorang arab juga. Tapi dari Sudan. Dia jawab pekerja sudah ramai. Aku akur. Tetapi aku tanya dia kembali. Bagaimana hari sabtu dan ahad tentu banyak kenderaan yangperlu di basuh. Dia nampak pandanganku agak logik. Maka dapatlah aku kerja pada hari sabtu dan ahad.
Dua hari kerja dapat90 pound, lebih kurang 600 RM. Banyak tu. Itu gaji dua hari, belum cerita tentang tips selpas kerja. Sebuah kerta masuk ke pusat cucian. Warna putih, kotor tetapi hebat, mahal. Aku sendiri tak tahu apa bangsa kereta. Tapi pendaftaran dari Dubai. Pemandu tidak keluar begitu juga rakannya. Aku dan seorang lagi rakan mencuci dengan sepenuh hati kerana kereta itu sedikit berminyak. Mungkin dari perjalanan jauh. Selesai cuci, pemandu keluar dan mengeluarkan 20 pound untk ak dan 20 pound lagi untuk rakanku. Itu adalah tip kerana kami kerja bagus. Nah, 20 pound untuk sedikit inisiatif.
sambungan akan muncul

Wednesday, August 20, 2008
ke laut menjadi pulau
Sekarang tibalah masanya aku menulis semuala tetapi sebelum itu beri sedikit masa buat aku menarik nafas panjang.
Monday, August 18, 2008
ku berdua dengan Pak Sudan yang berumur 60. Tapi masih sehat. Setelah habis di basuh, kereta di arahkan bergerak ke hadapan untuk dikering dan di lap. Ada enam pekerja untuk tugas itu. Pemandu keluar dia keluarkan dua helai duit pound berniai 20 pound setiap satu. Dia minta serahkan duit itu kepada dua tukang tembak air. Siaopa lagi kalau tidak aku dan Pak Sudan itu. Rahu berapa nilanya. Seorang RM 140. Banyak tu.
Itulah saperti yang aku kata. Rajin semua dapat. Mana permit kerja. Ta ada pun. Kalau boleh buat lagi. Ke laut jangan tenggelam. Dua hari aku bekerja, belum cerita bab duit tips terkumpul selepas kerja. Campur gaji dua hari aku dapat hampir 100 pound. Sekitar 600 RM. Bahasa pekerja dua. Inggeris dan arab. Kebanyakkan pekerja dari Sudan, Tunisia, Mesir Eritiria dan Bugaria. Aku tahu dua bahasa itu. Bahasa arab paling. Nak tahu macam boleh lancar, tunggu blog seterusnya.
Monday, August 11, 2008
Saturday, August 9, 2008
kelaut menjadi pulau
Terjun di bumi London samalah saperti terjun ke laut dalam. Bukan sebarangan kapal boleh belayar di lautan bergelombang besar itu. Tapi kecil yang ku padu berjaya juga melawan arus. Kapal kerdil ini menyahut cabaran ombak. Menyahut cabaran arus. Gelombang menggila. Adakal ribut datang tidak diundang. Sekali petir sbung menyabung. Aku redah gua. Lama kelamaan . Kapal kecilku stabil. Aku jatuhkan joranku. Umpannya basi tapi jerung yang makan.
London, tidak semua orang boleh masuk. Di Airport akan ditanya beberapa soalan. Jika gagal dijawab dengan baik. No London for you. Tekniknya mudah. Dapatkan imformasi dari Internet di mana hendak tinggal. Buat booking, walaupun hanya booking main-main. Sampai London pandai-pandailah bawa diri. Malaysia Hall boleh bantu. Non student bilik sharing 11 pound lebih saja. itupun kalau ada kosong. Booking must through internet.
Kalau taada cari. BB (Bed and Breakfast). 40 pound satu hari. Sewa satu hari, besok cari bilik sewa. Satu minggu 70 pound. Dapat bilik (biasanya ada kemudahan memasak) besoknya ronda cari kerja. Setakat ini dulu......
Wednesday, July 30, 2008
ke laut menjadi pulau
Hantarlah saya ke mana saja. Hidup tetap penuh ceria. Tanpa modal saya tetap akan menghasilkan pendapatan. Kecil-kecilan lama-lama membiak jadi besar. Tiba diJohor Bharu satu petang bagi saya adalah asing.Apa tidakanya, bandar itu adalah pertama kali dijejaki.Taada kenalan. Taada saudara mara.Taada wang untuk menyewa bilik. Habis nak buat macam mana.
Relak. Jangan gabra. Jangan panik. Mulakan langkah.Cari di mana ada projek pembinaan. Dah jumpa kenalkan diri dengan penghuni kongsi pekerja. Sudah tentu penghuninya pendatang asing. Mungkin indon, mungkin bangla,mungkin Myanmar,mungkin rakyat tempatan . Minta kebenaran untuk tinggal kerana esok mahu mohon pekerjaan. Besok akan berjumpa taukeh. Biasanya kalau bersopan santun permohonan akan dilayan dengan baik.
Berhubunglah dengan baik dengan sesiapa saja, tidak kira bangsa. Jadikan mereka sebagai teman berbual dan teman berkongsi pengalaman. Keesokan hari, berjumpa taukeh dan merayu kerja . Jangan tanya berapa gaji. Jangan tunjukkan sifat bodoh. Jika berjaya teruskan kerja.Pastikan tugas yang diberi terlaksana dengan hebat. Puaskan hati majikan. Beri komitmen sepenuhnya.
Gaji biasa buruh di ne

Monday, July 28, 2008
kelaut menjadi pulau
Memang apa saja yangdi lakukan mesti ada hasil.Positif atau negatif itu cerita lain. Hasil yang baik disebabkan oleh usaha yang bersungguh dan menepati lunas-lunas disiplin. Kalau dilakukan dengan gaya songsang maka hancurlah hasilnya.
Seorang peniaga kecil akan berjaya mencipta kejayaan dengan menghasilkan keuntungan yang banyak hasil dari usaha penuh disiplin dan bersungguh di tambah dengan kreativiti yang menakjubkan. Seorang pengusaha pisang goreng boleh menjadi jutawan sekiranya penjualan pisang gorengnya mendapat sambutan saperti peribahasa laris macam pisang goreng. Anda bayangkan untuk membeli pisang goreng yang saya sebutkan tadi, anda perlu berbaris sepanjang 20 meter. Taada jalan pintas. Tidak lama lagi penjual akan menyediakan nombor giliran elektronik untuk mendapat giliran saperti di kaunter-kaunter pejabat.
Kutipan satu hari mencecah RM1200. Modal termasuk gaji RM600. Untung bersih satelah tolak sewa RM550. Bayangkan RM55oX6 hari. Banyak tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)